24 kes baharu jadikan Sepang zon merah

SHAH ALAM: Pertambahan 24 kes baharu c0v1d-19 di mukim Labu menjadikan daerah Sepang bertukar daripada zon kuning kepada merah, semalam.

Daerah Sepang pada 25 Mei lalu mengalami peningkatan mendadak kes baharu apabila merekodkan pertambahan 29 kes daripada 11 kes dan menghampiri zon merah.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi Pasukan Petugas Pencegahan c0v1d-19 Selangor (STFC) di Facebook, pertambahan 24 kes baharu itu menjadikan kes aktif terkumpul kini adalah 64 kes.

Secara keseluruhan, daerah itu merekodkan 136 kes.

“Kes baharu Depoh Tahanan Imigresen (DTI) yang mendadak naik menyebabkan mukim Labu kini zon merah dan dengan itu, daerah Sepang juga menjadi zon merah secara autom4tik.

“Pengamalan kebiasaan baharu seperti penjarakan sosial, jaga kebersihan dan pakai pelitup muka perlu menjadi rutin harian. Itu saja benteng paling efektif pada waktu ini,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan maklumat dan info grafik yang di kongsi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di Facebook, negeri ini merekodkan 31 kes baharu sehingga 12 tengah hari semalam.

“Pertambahan 31 kes baharu hari ini (semalam) iaitu 28 kes tempatan dan tiga kes luar negara.

“Terdapat pertambahan 24 kes positif di DTI Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tiada pertambahan kes di DTI Semenyih dan tiada pertambahan kes positif kluster syarikat pembersihan di Kuala Langat,” katanya.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kes terkumpul adalah 1,909 kes manakala 1,531 kes sembuh, 278 kes aktif dan kem4tian kekal pada angka 22.

Tiada pertambahan kes baharu di daerah Hulu Langat yang berada dalam zon merah dengan 126 kes aktif membabitkan dua mukim iaitu Hulu Langat dan Semenyih.

Selain itu, enam daerah lain masih kekal di zon kuning iaitu Petaling (23), Kuala Langat (20), Gombak (17), Hulu Selangor (16), Kuala Selangor (6), Klang (6) manakala Sabak Bernam berada di zon hijau apabila tiada kes baharu direkodkan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online