Hari Jadi Faizal Hussein Jatuh Pada Hari Ini Tapi Anaknya Jadi Tumpuan Netizen

Kalau sebut nama AZROY sudah pasti ramai yang kenal, dari muda ke tua tak kira bangsa hampir semua mengenali siapakah AZROY.

Lakonan Faizal Hussein dalam filem Gila Gila Remaja umpama satu sejarah dalam Malaysia dimana filem tersebut masih memberi impak sehingga kini.

Kalau disebut tentang Faizal Hussein pula, mesti ramai akan cakap macam tak tua langsung. Muka tidak dimamah usia. Ada lah kedut kedut sikit tetapi raut wajah, suara malahan rambut masih sama waktu beliau melakonkan watak Azroy ketika waktu remaja.

Selamat Harijadi AZROY (Faizal Hussein)

Siapa sangka dengan penampilan ‘maintain’ muda sejak dahulu, pelakon hebat Faizal Hussein menyambut ulangtahun kelahiran ke-53 tahun pada hari ini.

Pada usia yang menginjak separuh abad, pelakon yang terkenal dengan watak Azroy dalam filem Gila-Gila Remaja itu masih menjadi pilihan penonton di layar perak.

GAMBAR KETIKA SAMBUTAN HARIJADI TAHUN LALU

Baru-baru ini, beliau memuat naik sebuah posting di laman Instagram yang bergambar bersama isteri Suhaila Sulaiman serta anak-anaknya Fazryn dan Fazrick sempena meraikan Hari Raya Aidilfitri.

NETIZEN MULA ‘MENGUSIK’ ANAK PEREMPUAN FAIZAL HUSSEIN

Jarang berkongsi mengenai kisah peribadi, posting tersebut mengundang pelbagai komen netizen memuji kecantikan ahli keluarganya malah terdapat juga individu yang mengusik beliau dengan panggilan ‘ayah’.

Bermacam macam komen yang ditinggalkan oleh netizen di posting Faizal Hussein. Selain mengucapkan selamat hari jadi mereka sempat lagi bergurau senda.

Memang cantik anak Faizal Hussein. Manis je tengok ..

Kekal muda je muka!

Dari dulu sampai sekarang, ramai yang membesar dengan karya drama dan filem lakonan Faizal. Semoga beliau terus panjang umur & dimurahkan rezeki

Sumber : IG Faizal Hussein

Kredit: AwatttSyeikhh Network via Trendinggiler

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : jalankami