‘Terasa kem4ti4n semakin hampir’

KUALA LUMPUR – Terasa kem4tian begitu hampir! Itulah pergolakan emosi yang dilalui oleh seorang daripada pes4kit c0v1d-19 apabila disahkan positif dij4ngk1ti v1rus itu.

Lebih memilvk4n, Aiza Syafinaz Shahak,34, disahkan positif c0v1d-19 empat hari selepas kehilangan suaminya Inspektor Mohd Fairos Saberon,36, yang men1ngg4l dunia akibat dij4ngk1ti v1rus yang sama pada 17 Mac lalu.

Meskipun kini telah bebas sepenuhnya daripada v1rus berbahaya itu, Aiza Syafinaz tidak dapat melupakan pengalaman sebagai salah seorang pes4kit c0v1d-19.

Menceritakan pengalaman berdepan dengan v1rus itu, Aiza Syafinaz berkata, dia bersama-sama arw4h suami, bapa dan ahli keluarga yang lain melawat ke Bandung, Indonesia dari 9 hingga 12 Mac lalu.

“Ketika tahu saya juga dij4ngk1ti v1rus c0v1d-19 dan merupakan kontak utama arw4h suami, hati jadi tidak keruan, jantung bagai gugur ke bumi. Terasa kem4tian semakin hampir. Semuanya seperti satu mimpi ngeri,” katanya kepada Bernama.

Aiza Syafinaz berkata, pengalaman yang tidak akan dilupakan apabila menaiki ambulans dengan petugas h0sp1tal yang memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) yang amat ditakuti pada masa itu.

Menurut Aiza Syafinaz, berada 10 hari dalam wad h0sp1tal Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke pusat kuarantin di Pusat Belia Antarabangsa Cheras selama 28 hari, menjadi satu pengalaman yang menginsafkan.

Mengimbas kembali tanda-tanda awal j4ngk1tan v1rus c0v1d-19, Aiza Syafinaz berkata, dia mengalami s4kit tekak, hilang deria bau, hilang deria rasa dan rasa tidak sedap badan seperti nak dem4m.

“Melihat perjuangan pes4kit c0v1d-19 di dalam wad sangat menyentuh hati. Saya ingin nasihat orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP (prosedur operasi standard) Kementerian Kesihatan. Kerap mencuci tangan, bawa pensanitasi tangan ke mana-mana.

“Elakkan tempat sempit, sesak dan ramai orang, pastikan jarak selamat, elak bersentuhan serta pastikan kebersihan diri dalam keadaan yang optimum,” katanya yang mendapat khidmat kaunseling daripada p0lis Diraja Malaysia.

Menyentuh tentang persepsi negatif segelintir masyarakat terhadap pes4kit c0v1d-19, Aiza Syafinaz merayu agar tidak mengec4m pes4kit c0v1d-19.

“Kepada masyarakat di luar sana, berhenti menyalahkan sesama sendiri. Kita perlu bersatu hati agar dapat mencegah penul4ran w4b4k c0v1d-19 dan berjaya memutuskan rantaian ini,” katanya sambil memuji usaha petugas barisan hadapan dan semua terlibat yang mempunyai kebolehan tertinggi dalam pengurusan v1rus yang mengancam nyawa itu.

Selain Aiza Syafinaz dan arw4h suaminya, bapanya Shahak Mohd Husin,58, dan ibu angkat, Junidah Othman turut positif c0v1d-19.

Kini, bapa dan ibu angkatnya turut bebas v1rus itu, Aiza Syafinaz menzahirkan kesyukuran dan berterima kasih atas sokongan daripada rakan-rakan dan orang ramai yang tidak putus-putus mendoakannya.

Sementara itu, bagi menjalani normal baharu kehidupan, Aiza Syafinaz berkata, walaupun masih bersed1h kehilangan orang tersayang ketika sambutan Aidilfitri, beliau positif untuk berdikari tanpa suami di sisi.

“Ramadan dan Syawal kali ini sangat pilu. Tiada lagi gelak tawa insan tersayang. Sudah tiada hidangan menu kegemaran suami ikan kembung sambal.

“Namun saya teruskan melangkah dan ingin terus memberikan motivasi kepada rakan wanita di luar sana agar terus kuat dan teruskan kehidupan ini walau ujian datang melanda,” katanya sambil berharap ada sinar gembira di sebalik ujian getir yang ditempuhinya. – Bernama

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar Harian