“I Tengok Sikit Tu Pun I Cry” – Baru Teaser, Fatimah Abu Bakar Puji Lakonan Wanna Ali Dalam Ada Apa Dengan D0sa

e-SSM Portal

Pelakon prolifik Fatimah Abu Bakar memuji kehebatan lakonan Wanna Ali yang berjaya menyentuh hatinya biarpun hanya dari sedutan teaser filem terbaharu Ada Apa Dengan Dosa.

Fatimah turut memuji peningkatan mutu lakonan Wanna yang mendukung peranan utama dalam filem itu.

“Selamat maju jaya. Tak sabar nak tengok filem ini.

“Asalkan kamu meletakkan sepenuhnya hati untuk filem ini dan melakukan yang terbaik, ia akan okey.

“I tengok sikit tu pun I dah menangis. Macam mana ni?” puji Fatimah yang turut menjadi guru lakonan Wanna.

Selain Fatimah, sedutan trailer filem Ada Apa Dengan Dosa turut meraih perhatian ramai.

“Okey, naik bulu roma. Lovenya,” puji pelakon Riena Diana.

“Terbaik. Line up pelakon hebat-hebat. Confirm meletup,” tambah @bikerzgaraj.

“Jujurnya saya dah tak sabar,” tulis @alyshaazmi.

Filem Ada Apa Dengan Dosa mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.

Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.

Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi. 

Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini. 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“I Tengok Sikit Tu Pun I Cry” – Baru Teaser, Fatimah Abu Bakar Puji Lakonan Wanna Ali Dalam Ada Apa Dengan D0sa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*