‘Nama saya Honda Suzuki’

Jakarta: Setiap nama individu membawa makna tersendiri. Ada yang kedengaran pelik, tetapi sebenarnya itulah yang tertera dalam sijil kelahiran.

Begitulah kisahnya dengan beberapa warga Indonesia yang mempunyai nama unik pemberian ibu bapa mereka.

Portal 99.co memetik laporan Liputan6.com melaporkan seorang daripadanya seorang gadis yang juga pelajar dari Temanggang, Jawa Tengah yang diberi nama Honda Suzuki Impalawati.

Difahamkan, ibu bapa gadis itu memberi nama berkenaan kerana mengambil inspirasi dua jenama kenderaan terkemuka dari Jepun iaitu Honda dan Suzuki manakala Impalawati dari salah satu model Chevrolet Impala.

Seorang lagi lelaki berasal dari Banyuwangi diberi nama Tuhan hingga ia mencetuskan kontroversi.

Kontroversi itu menyebabkan seorang ulama mengesyorkan nama lelaki itu diganti dengan yang lain.

Turut mendapat perhatian seorang bayi, yang diberi nama Aisyah Bronze Al Chasanah iaitu anak perempuan kepada pemain silat, Amri Rusdana.

Nama itu mengambil inspirasi daripada pencapaian Amri yang meraih gangsa dalam kejohanan Sukan Asia 2018.

Sementara itu, seorang pemuda dari Bantul, Yogyakarta diberi nama Pintu Pemberitahuan oleh bapanya.

Bapa pemuda berkenaan memberi nama itu sempena lukisannya, Pintu Pemberitahuan yang dijual dengan harga 20 juta Rupiah (kira-kira RM5857) pada sebuah pameran diadakan pada 1998.

Beberapa nama lain menarik perhatian adalah anggota p0lis, Andy Go To School dan adiknya, Rudi A Good Boy.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HMetro