‘Sidang Parlimen hari ini s4mpah dan tidak berguna’ – Dr Xavier Jayakumar

Ahli Parlimen PKR Kuala Langat, Dato’ Dr. Xavier Jayakumar menyifatkan sidang Parlimen hari ini sebagai sampah dan tidak berguna.

Bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu berkata, ahli-ahli Parlimen cuma berada sejam sahaja di Dewan Rakyat untuk mendengar titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas alasan cov1d-19.

“Kami adalah suara untuk semak dan imbang kerajaan. Tetapi kerajaan ini hari ini, Parlimen hari ini adalah sampah, sidang Parlimen ini adalah tidak berguna. Kita hanya akan berada di sana untuk satu jam cuma untuk dengar titah Yang Di Pertuan Agong dan kemudian kami diarahkan untuk pulang ke rumah. Semua ini kerana dalih cov1d-19,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) takut untuk berhadapan dengan ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) kerana akan ada undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yasin yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kerajaan sekarang takut untuk berhadapan dengan kami, mereka takut akan ada undi tidak percaya oleh (MP) Langkawi, Tun Dr Mahathir. Semuanya adalah kerana perkara ini. Bukan perkara lain.

“Sandiwara ini yang dijalankan oleh beberapa pengkhi4nat dan l4nun.

“Kerajaan yang tidak dipilih oleh rakyat di mana mereka itu telah merampas kerajaan secara paksa dalam cara yang lain,” katanya.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah dalam titahnya menyeru ahli politik supaya tidak mengheret negara ke kancah politik yang tidak menentu ketika negara dan rakyat sedang melawan pandemik cov1d-19.

“Beta ingin menasihatkan supaya tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang cukup sukar akibat pandemik cov1d-19.

“Kerana itulah kerajaan beta juga telah memutuskan majlis mesyuarat pertama yang berlangsung pada hari ini hanya mempunyai satu urusan majlis sahaja iaitu titah beta sempena pembukaan penggal Parlimen yang baru ini,” titah baginda.

Baginda turut menceritakan kronologi pelantikan Muhyiddin Yasin sebagai perdana menteri kelapan yang bermula dengan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir.

“Pada 24 Feb 2020 yang lalu, naratif landskap politik negara telah sekali lagi digegarkan menerusi peletakan jawatan perdana menteri Malaysia yang ke-7.

“Sekitar jam 5 petang pada hari yang sama, beta telah terima perkenan menerima mengadap YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dalam pertemuan tersebut, beta telah meminta YAB Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak meletak jawatan, namun beliau tetap dengan keputusannya,” titah baginda.

Titah Diraja itu disiarkan secara langsung di televisyen.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : cempedakcheese