PELAKON drama bersiri Korban Kasih, Dynas Mokhtar terharu dan tidak menjangka bahawa drama itu mendapat sambutan hangat hingga sentiasa menjadi sohor kini (trending) di media sosial.
Dynas ketika dihubungi berkata, walaupun ramai yang memberikan kritikan pedas, namun ia masih lagi berjaya mencuri hati ramai penonton dan peminat drama TV.
“Saya sendiri pun tak sangka yang drama ini akan menjadi trending. Ketika mula ditayangkan, banyak kritikan pedas yang dilontar oleh warganet terutamanya berkaitan dengan pelakon yang menjadi anak-anak saya dan remaja.
“Namun, kritikan-kritikan itu saya lihat dari sudut yang positif dan Alhamdulillah, bila ramai yang mengkritik, ramai juga ‘tersangkut’ untuk terus menonton setiap episod,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, karekter Norizah yang dilakonkan juga tidak terlepas daripada menerima kec4man hebat warganet.
“Di awal tayangan, kita dapat lihat bahawa karekter Norizah itu seperti ibu yang j4hat sehinggakan ada warganet yang menggunakan tanda pagar #NorPuaka di media sosial mereka.
“Namun, sekarang mereka dah dapat lihat perkembangan karekter itu yang sudah menyayangi kesemua anaknya dan tidak lagi menggunakan tanda pagar itu,” katanya.
Korban Kasih arahan pengarah Fazli Yahya adalah drama adaptasi novel karya Fatimah Saidin dan membariskan pelakon lain seperti Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ezzaty Abdullah, Hasnul Rahmat, Ummi Nazeera dan ramai lagi.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber :HMetro