Ramai Iri Hati Dgn Youtuber Sugu Pavithra, Sekali Perdana Menteri Beri Keejutan

Saluran Youtube antara mendapat perhatian ramai kini kerana ianya mampu menawarkan pendapatan yang lumayan. Beberapa individu di Negara kita telah berjaya membuktikannya dan antaranya adalah Syahmi Sazli, Alieff Irfan, Kokom, Zukiee, Cardock dan ramai lagi.

CHANNEL YOUTUBE SUGUL PAVITHRA MULA TAMBAT HATI PENONTON

Antara youtuber yang semakin mendapat perhatian ialah Sugu Pavithra, iaitu suri rumah berbangsa India yang berjaya menambat hati masyarakat di Negara kita.

Hal ini berikutan konten yang dimuat naik Sugu di channel Youtubenya lebih asli dan jujur kepada penonton. Tambahan pula dia menggunakan Bahasa Melayu sebagai pengantara menjadikan semua kaum mampu memahami penyampaiannya.

Pada mulanya, Sugul hanya memuat naik video secara suka-suka sahaja di Youtube sehingga lah dia mampu meraih pengikut yang ramai saban hari. Lalu kini dia mampu tersenyum bahagia dengan kejayaan yang dikecapi.

TAK LOKEK KONGSI RAHSIA CUCI KUALI, BERSIH DAPUR

Selain dari berkongsikan resepi masakan, Sugul juga tidak lokek dalam memberi idea membersihkan kuali serta dapur mengikut caranya tersendiri.

Antara aspek lain membuatkan ramai suka menonton video Sugul adalah caranya yang pembersih dan juga kemas ketika berada di dapur. Menjadi daya penarik untuk menonton aksinya.

TURUT MENDAPAT PERHATIAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Yang lebih menarik, nama Sugul Pavithra bukan sahaja mendapat perhatian netizen, malah Perdana Menteri Malaysia sendiri. Dikhabarkan Sugul telah menerima hadiah istimewa dari Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berita ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Rajasekaran Thiyagarajan pada beberapa jam yang lalu. Tan Sri Muhyiddin telah menghadiahkan sebingkai gambar yang disematkan kata-kata semangat di dalamnya.

“Dengan ingatan tulus ikhlas dari Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keep it up the good work and just stay at home.”
RAMAI MENGUCAPKAN KATA-KATA TAHNIAH

Melihat kepada reaksi warganet, rata-rata mereka turut sama merasakan bahagia yang dirasai oleh Sugul. Mereka juga dilihat sempat mengucapkan tahniah di atas kejayaan yang telah dikecapi dan bukan semua orang mampu melakukannya.

Kesimpulannya kita perlu berusaha dan fokus dalam sesuatu perkara yang kita lakukan. Ingat lah bahawa selepas hujan lebat pasti munculnya sinar pelangi di balik awan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Meecks.com