Masjid akan dibuka secara berperingkat mengikut keupayaan kuasa perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB) di Pahang

KUANTAN – Masjid di negeri Pahang akan buka secara berperingkat mengikut keupayaan kuasa perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Jabatan Teknikal dalam menangani prosedur Operasi Standard (SOP) menangani w4b4k koronav1rus (c0v1d-19).

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, bagaimanapun masjid yang dibenarkan dibuka hanya yang mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas nasihat Jawatankuasa Syariah Negeri.

“Memandang keluasan Pahang terlalu besar dengan bilangan masjid banyak dan jaraknya berjauhan maka penelitian perlu diberi secara berperingkat. Kita faham umat Islam sudah sekian lama merindui rumah ALLAH ini namun sedikit kesabaran diperlvk4n.

“Bagaimanapun kita tidak menolak kemungkinan ada kawasan-kawasan boleh dibenarkan mendirikan Jumaat dan solat berjamaah di masjid yang tertakluk kepada SOP PKPB yang ditetapkan,”katanya melalui satu kenyataan bagi menjelaskan berkaitan pembukaan masjid di negeri ini yang dimuatnaik di Facebook rasminya.

Menurutnya, kerajaan negeri akan memastikan surat kebenaran itu dipanjangkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kepada masjid-masjid dengan segera selepas mendapat perkenan tuanku.

Menjelaskan perkara itu, Syed Ibrahim berkata, sekiranya mana-mana masjid dibenar dibuka, jemaah yang hadir perlu dipastikan bukan seorang yang uzur, pes4kit kronik dan lemah serta berisiko dij4ngk1ti peny4kit.

“Begitu juga golongan wanita dan kanak-kanak di mana pada peringkat awal ini mereka tidak digalak untuk datang ke masjid,” katanya.

Beliau berkata, jemaah juga perlu menjaga kebersihan, mengamalkan langkah keselamatan dan pencegahan termasuk memakai topeng muka dan mematuhi penjarakkan sosial antara jemaah.

“Elakkan bersalaman dan berpeluk, cukup dengan tepukan tangan ke dada antara semua sebagai tanda erat dan mesra,” katanya.

Katanya, selain itu pihak pengurusan masjid juga perlu bersedia membuat sanitasi sebelum dan selepas menggunakan masjid.

“Masjid juga tanpa pendingin hawa. Usahakan keadaan masjid terbuka luas agar tidak tertutup.

“Jemaah yang hadir juga perlu dipastikan mereka dalam kalangan ahli kariah, sihat, bukan musafir atau mereka yang baru balik kampung,” katanya.

Beliau berkata, pihak masjid juga mestilah berusaha menyediakan cecair pembasmi kuman dan alat pengesan suhu.

“Syarat-syarat lengkap berhubung perkara ini akan dipanjangkan pihak JAIP kepada semua pengurusan masjid.

“Semoga dengan sedikit penjelasan ini dapat merungkai persoalan yang dikemukakan orang ramai tentang pembukaan masjid di Pahang,” katanya.

Semalam tiga masjid di daerah ini diadakan Solat Jumaat secara percubaan selepas ditutup sementara sebelum ini susulan perintah Kawalan pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu ekoran penul4ran w4b4k c0v1d-19 manakala pelaksanaan solat Jumaat di sebuah masjid di setiap daerah lain pula akan bermula pada Jumaat minggu hadapan.

Senarai SOP bagi Solat jemaah di Masjid, surau terpilih

Berikut adalah senarai SOP perlaksanaan solat Jumaat, solat berjemaah, solat terawih dan solat sunat Aidilfitri yang perlu dipatuhi masjid, surau Solat Jumaat dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan dan empat negeri di bawah Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua agama Islam.

  • Melaksanakan jarakan sosial di dalam dan luar masjid
  • Jarak antara ahli jemaah adalah satu meter dan wajib memakai penutup hidung dan mulut
  • Cara masuk dan keluar masjid mesti mengikut giliran dengan beratur serta menjaga jarakan
  • Jemaah menghidap penyakit kronik, warga emas berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di  bawah umur 15 tahun, tidak dibenarkan hadir berjemaah di masjid
  • Semua jemaah yang hadir hendaklah mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah  masing- masing ke masjid
  • Jemaah hendaklah terus bersurai dalam keadaan tenang;
  • Tidak dibenarkan berkumpul di dalam atau luar masjid, selesai solat

Dalam pada itu, Dr Zulkifli turut menggariskan saranan tambahan kepada pihak berkuasa agama negeri-negeri, seperti berikut:

  • Mengadakan kaunter di pintu masuk yang dihadkan bilangannya bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah
  • Melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wuduk sebelum dan selepas solat
  • Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa
  • Ahli Jemaah wajib membawa kad pengenalan diri. Jika gagal, ahli jemaah harus diarah pulang
  • Kehadiran direkodkan di dalam buku kehadiran
  • Pintu masjid dibuka hanya sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selepas selesai doa dibacakan

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : SinarHarian