”Seorang wanita positif Covid-19 di PKPD Pasar Jalan Othman”- Sebanyak 1,300 Keputusan Saringan Sampel c0v1d-19, Hanya Satu Sahaja Positif C0v1d-19.

PETALING JAYA – Seorang wanita warga tempatan berusia 28 tahun disy4ki positif koronav1rus (c0v1d-19) selepas menjalani saringan di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pasar Jalan Othman.

Ketua p0lis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, wanita berkenaan mempunyai kontak rapat dengan empat ahli keluarganya.

“Sebanyak 1,300 keputusan saringan sampel c0v1d-19, hanya satu sahaja positif c0v1d-19.

“Individu itu telah dibawa ke Pusat Kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) Serdang, manakala empat lagi ahli keluarganya masih menunggu keputusan ujian saringan,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Nik Ezanee berkata, seramai 2,156 orang telah disaring melibatkan 1,557 warga tempatan dan 599 warga asing.

“Saringan di Zon A, B dan C telah selesai 100 peratus dan kini kita sedang menunggu keputusan saringan,” katanya.

Nik Ezanee memaklumkan, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi bilik gerakan PKPD pasar Jalan Othman, di talian 013-2666165 yang beroperasi 24 jam.

Kawasan berkenaan diletakkan di bawah PKPD sejak Ahad lalu hingga 23 Mei ini.

PKPD kelapan di sekitar Pasar Jalan Othman PJ

Kawasan sekitar Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya kini diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini hingga 23 Mei depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam satu kenyataan pagi ini, berkata ia susulan nasihat Menteri Kesihatan, selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 26 kes positif COVID-19 yang berpotensi memberi risiko penularan jangkitan di kawasan itu.

Beliau berkata, perintah PKPD itu membabitkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan tiga zon di kawasan berkenaan.

“Kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan arahan kelapan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau Enhanced Movement Control Order (EMCO) di kawasan berikut, Zon A, Zon B dan Zon C.

“Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar.

“Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuatkuasa,” katanya.

Beliau berkata, Zon A membabitkan kawasan di Jalan Penchala,Petaling Jaya; Jalan 4/33, Petaling Jaya; Jalan 4/37, Petaling Jaya; Jalan 4/39, Petaling Jaya; Jalan 4/41, Petaling Jaya; Jalan 4/44, Petaling Jaya; Jalan Terus 4/42, Petaling Jaya; Jalan 4/43, Petaling Jaya; Jalan 4/46, Petaling Jaya dan Jalan Othman 4/4D, Petaling Jaya.

Zon B pula membabitkan Jalan 2/29, Petaling Jaya; Jalan 2/29A, Petaling Jaya; Jalan 2/27, Petaling Jaya; Jalan 2/32, Petaling Jaya;Jalan 2/25, Petaling Jaya; Jalan 2/26, Petaling Jaya;Jalan 2/34, Petaling Jaya; Jalan 2/34A, Petaling Jaya; Jalan 2/23, Petaling Jaya; Jalan Dispensary 2/38, Petaling Jaya dan Jalan Pasar 1/21, Petaling Jaya.

Zon C membabitkan Jalan Selangor, Petaling Jaya; Lorong 3/57D, Petaling Jaya; Lorong 3/57C, Petaling Jaya; Jalan RIDA 3/56, Petaling Jaya dan Jalan Sentosa 3/57, Petaling Jaya.

Ismail Sabri berkata, dengan pelaksanaan perintah itu, semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

Beliau berkata, bukan penghuni dan pelawat pula tidak dibenarkan masuk ke kawasan itu sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan manakala semua aktiviti perniagaan dihentikan di kawasan berkenaan.

Katanya, Pangkalan Perubatan (Medical Base) juga dibuka di kawasan PKPD dan semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

“Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

“Semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

“Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan PKP Petaling Jaya di talian 016-980 9389, atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222,” katanya

Sementara itu, kawalan keselamatan sudah mula dipertingkatkan di kawasan sekitar Pasar Jalan Othman itu sejak tengah malam tadi, dengan pemasangan kawat duri oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selain sekatan jalan raya oleh polis, di kebanyakan laluan di situ.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pada 5 Mei lalu dilaporkan berkata, sebanyak 24 kes COVID-19 daripada kluster Pasar Borong Kuala Lumpur dikesan di dua pasar di Petaling Jaya.

Beliau berkata, 23 kes direkodkan di Pasar Besar Jalan Othman dan satu kes di Pasar Taman Megah, Petaling Jaya.

sumber : BH

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : SinarHarian