Khutbah Jumaat Ringkas Kepada Jemaah Yang Hadir Tidak Lebih Daripada 30 Orang Mengupas 1su c0v1d-19

SELEPAS lapan minggu ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini Masjid Negara kembali mengadakan solat Jumaat dengan khutbah ringkas mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Solat Jumaat perlu diteruskan seperti biasa ketika ini walaupun negara dilanda wabak COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Zulkifli bagaimanapun menasihatkan pihak masjid serta orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memendekkan khutbah Jumaat bagi mengurangkan masa berkumpul.

Khutbah Jumaat ringkas kepada jemaah yang hadir tidak lebih daripada 30 orang itu mengupas isu c0v1d-19 dan menekankan kepentingan mengamalkan cara hidup normal baharu.

Imam Besar Masjid Negara Ihsan Mohd Hosni berkata, beliau mengucapkan syukur kepada Allah kerana selepas dua bulan iaitu lapan kali solat Jumaat tidak dapat dilaksanakan dengan diganti solat Zohor akhirnya hari ini diberi sedikit kelonggaran untuk mengadakan semula solat Jumaat.

Menurutnya, bagaimanapun kebenaran itu bersyarat iaitu masjid dan surau di dalam kawasan zon hijau dengan bilangan jemaah diputuskan tidak lebih daripada 30 orang.

“Kami berpendapat solat Jumaat adalah sepatutnya kita lakukan walaupun dalam keadaan sebegini… ambil hukum asal solat Jumaat tetap wajib, cuma beberapa syarat dilaksanakan seperti khutbah dipendekkan serta orang ramai berwuduk di rumah.

“Pihak masjid juga hendaklah menyediakan cecair pembasmi kuman serta penutup hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan,” katanya selepas menyampaikan Tausiyah Am kepada kakitangan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada Khamis.

“Kita sebagai pelaksana akur dengan keputusan itu dan harap ia sampai kepada masyarakat iaitu walaupun diberi kebenaran tetapi bersyarat.

“Kita faham masyarakat juga ingin mengimarahkan masjid kerana sudah lama tidak bersolat di sini namun peringkat awal ini pihak pengurusan masjid mengehadkan kepada kakitangan sahaja,” katanya ketika ditemui selepas mengimamkan solat Jumaat di Masjid Negara, di sini, hari ini.

Katanya, jika dibuka kepada orang ramai dibimbangi agak sukar untuk mengawal pergerakan dalam jumlah yang ramai.

Sementara itu, beliau berkata, mereka yang disahkan positif COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit.

Beliau juga menjelaskan, sekiranya wabak COVID-19 menjadi tidak terkawal, maka solat Jumaat boleh digantikan dengan solat Zohor di rumah.

Dr Zulkifli menjelaskan, isu solat Jumaat ketika negara dilanda wabak COVID-19 merupakan antara lima kertas kerja yang disediakan untuk dikemukakan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Terdahulu 25 masjid dan 31 surau dalam Wilayah Persekutuan Kuala lumpur, Putrajaya dan Labuan hari ini mengadakan solat Jumaat.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Mohd Ajib Ismail pula berkata, berkata, semua masjid dan surau yang dibenarkan mengadakan solat Jumaat berada dalam zon hijau.

Baru-baru ini Mufti Pulau Pinang, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata kerajaan termasuk Malaysia wajib mengambil langkah bersesuaian untuk mencegah penyakit berjangkit daripada tersebar dan mengancam kesihatan serta nyawa warganya.

Antaranya, beliau menyarankan supaya menghentikan buat sementara solat berjemaah di masjid dan solat Jumaat.

“Jemaah pula terdiri daripada kakitangan masjid dan surau serta kariah yang dibenarkan untuk mendirikan solat secara berjemaah.

“Sudah tentu semua perlu mematuhi SOP ditetapkan termasuk penjarakan sosial,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Metro