Sering Diusik Smakin Rapat Dgn Azar Azmi, Fizo Omar Akhirnya Buat Pengakuan

Peminat sudah pun maklum bahawa Fizo Omar dan juga Azar Azmi pernah gagal dalam hubungan dengan pasangan masing-masing sebelum ini. Dan dari situ lah mereka mula belajar untuk lebih berhati-hati dengan hubungan di masa depan.

Sejak akhir-akhir ini peminat mula menghidu ada sesuatu antara Fizo dan juga Azar. Lihat sahaja adengan mereka yang semakin mesra dan kerap tampil bersama di media sosial.

TAK TOLAK KALAU JODOH, SEDANG BERKAWAN RAPAT

Menjawab segala desas-desus ini, Fizo Omar tidak menolak ura-ura tersebut dan mengakui sedang berkawan rapat dengan aktres cantik berkenaan.

Buat masa sekarang Fizo dan Azar tidak pernah lagi berbincang soal cinta. Jika ada cinta maka ada lah. Tambah Fizo, kalau jodoh tu kuat tidak perlu pun untuk bercinta dan berkasih sayang bagai nak rak.

Jika ditakdirkan bersama, Fizo juga tidak menolak untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua dalam hidupnya. Dengan keadaan sekarang, dia masih lagi menemui pengganti hati.

“Namun buat masa sekarang belum ada pengganti dan saya pun tak fikir kea rah itu (berkahwin). Tapi saya sentiasa bersedia dan bila-bila masa saja, kalau jodoh dah sampai, saya tidak menolak.” Jelas Fizo.
PERTAMA KALI PUASA TANPA ISTERI

Di usia yang sudah memasuki 35 tahun, kalau boleh Fizo pun tidak mahu lama hidup bujang. Dan pasangan perlu lah dari mereka yang sentiasa menyokong dan memahami kerjaya.

Tahun ini merupakan pengalaman baru buat Fizo kerana menyambut bulan Ramadhan tanpa isteri setelah berpisah dengan Mawar Karim pada Julai tahun lalu. Tetapi nasib baik ada ibu yang tinggal bersama dan menemani.

“Sebelum berkahwin pun ibu saya memang tinggal bersama. Jadi, tak banyak perbezaan. Cuma sebelum ini ada isteri tapi sekarang dah tiada. Namun Ramadhan saya okey saja.” Tambah Fizo lagi.

Keseluruhannya, sama-sama lah kita nantikan penghujung kisah antara Fizo dan Azar ini. Jika ada sesuatu antara mereka, semoga kekal hingga ke jinjang pelamin. Rasanya tak salah dah kalu masing-masing bujang dan belajar dari kesilapan lalu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Meecks.com