Isteri Pertama Carikan Isteri Baru Buat Suami Tercinta

Tidak semua wanita sanggup bermadu namun seorang wanita di sini rela untuk berkongsi kasih malah, turut mencarikan isteri baharu buat suaminya

Wanita itu yang dikenali Juspiwati dilapor mengizinkan suaminya dikenali Ustaz Andi Shamsir berpoligami dengan wanita yang direstuinya.

Tribun News melaporkan, kisah pasangan itu mendapat perhatian selepas tular gambar persandingan ‘tiga sejoli’ di laman sosial. Dalam gambar itu Juspiwati tersenyum di sisi suaminya dan madu yang dikenali Nirfawana.

Satu lagi foto tuIar menunjukkan Andi Shamsir diclum kedua-dua isterinya.

Difahamkan, Juspiwati menemani suami tercinta ke majlis pernikahan di Bulukumba, Sulawesi Selatan.

Sahabat pengantin lelaki, Ustaz Ikhwan Bahar menyifatkan pernikahan Andi Shamsir sebagai sesuatu yang luar biasa, malah memuji Juspiwati yang berhati luhur.

“Barakallah. Satu dalam seribu wanita seperti Juspiwati. Alhamdulillah, semoga bahagia selalu,” katanya.

Seorang lagi rakannya, Abdul Halim Amsur turut mengucapkan selamat pengantin baru kepada Andi Syamsir.

Sebelum ini, tular di laman sosial mengenai kisah perkahwinan poligami di Jombang, Jawa Timur yang mendapat perhatian ramai.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Harian Metro via TN