Penjawat awam bakal nikmati Bantuan Khas Aidilfitri RM500?

Tular beberapa surat rasmi dari Kementerian Kewangan Malaysia berkenaan permohonan untuk kelulusan dana Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 bagi penjawat awam.

Surat yang ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia bertarikh 29 April 2020 itu telah ditandakan sebagai diterima semalam oleh Pejabat Perdana Menteri yang bertarikh 6 Mei lalu.

Bagaimana pun tidak jelas samada dana bantuan khas tersebut telah diluluskan.

Berdasarkan surat yang sepatutnya untuk edaran dalaman itu menunjukkan bantuan yang jika diluluskan, penjawat awam bakal menikm4ti tunai sebanyak RM500 setiap seorang bagi penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, manakala pesara kerajaan pula akan menerima RM250 sebagai penghargaan di atas jasa dan komitmen mereka sebelum ini.

Surat itu ditandatangani oleh Menteri Kewangan Tengku Dato’ Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz.

Tahun lalu kerajaan telah memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1.5 juta penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah, dan 800,000 pesara kerajaan pula menerima RM225.

Sekiranya benar, bantuan ini amatlah bermakna buat penjawat awam yang kebetulan sedang menghadapi k3san dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat dari penularan w4b4k cov1d-19.

Netizen rata-rata menunjukkan reaksi yang positif dan mengharapkan agar mereka yang bukan dari sektor kerajaan juga dibantu sejajar dengan cadangan yang dilontarkan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini untuk menambah bantuan BPN kepada rakyat Malaysia yang layak. – Cinca

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : cempedakcheese