Tak Sangka Donald Trump Telefon Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Ini Yang Mereka Bincangkan Selama 30 Minit

Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) sepakat memastikan kelancaran bekalan peralatan krit1ikal terutama dalam berdepan kr1isis kesihatan global.

Perkara itu dizahirkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden AS, Donald Trump dalam perbualan telefon malam ini.

Muhyiddin berkata, beliau dan Trump turut menekankan kepentingan kerjasama komuniti antarabangsa bagi mengurangkan kesan pandemik ke atas kesejahteraan hidup masyarakat dunia dan ekonomi global.

“Dalam perbualan yang berlangsung selama 30 minit itu, saya dan Trump berbincang mengenai pandemik COVI1D-19 serta pendekatan yang diambil kedua-dua negara.

“Usaha terbabit termasuk meningkatkan kerjasama dalam pembangunan v4ksin dan ub4t-ub4tan serta akses sama rata kepada v4ksin COVI19 kelak,” katanya menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya.

Katanya, beliau dan Trump juga bertukar pandangan mengenai isu kepentingan bersama dalam konteks mengekalkan keselamatan dan keamanan antarabangsa.

“Selain mengucapkan tahniah kepada saya dan kerajaan yang baharu, kami menyatakan komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan kerjasama komprehensif di antara Malaysia dan AS,” katanya.

Malam ini saya telah menerima panggilan telefon daripada Tuan Yang Terutama Donald J. Trump, Presiden Amerika Syarikat.

Selain mengucapkan tahniah kepada saya dan Kerajaan yang baharu, kami menyatakan komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan kerjasama komprehensif di antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Pada perbualan yang berlangsung selama 30 minit itu, saya dan Presiden Trump berbincang mengenai pandemik Cov19, serta pendekatan-pendekatan yang telah diambil kedua-dua negara. Kami turut menekankan peri pentingnya kerjasama komuniti antarabangsa bagi mengurangkan kesan pandemik tersebut ke atas kesejahteraan hidup masyarakat dunia dan ekonomi global. Usaha-usaha tersebut termasuk meningkatkan kerjasama dalam pembangunan vaksin dan ubat-ubatan serta akses sama rata kepada vaksin c0v1d-19 kelak.

Pada masa yang sama, kedua-dua negara juga menzahirkan kesepakatan bagi memastikan kelancaran rantaian bekalan peralatan kritikal dan bekalan lain,terutamanya semasa krisis kesihatan global.

Selain itu, kami turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu kepentingan bersama dalam konteks mengekalkan keselamatan dan keamanan antarabangsa.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://cin-ca.blogspot.com/