Selepas 5 Bulan, Kelibat KP Kesihatan Noor Hisham Tidak Akan Kelihatan Hari Ini

SETIAP hari pada petang, kelibat lelaki berjaket hitam yang tertera perkataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi individu dinanti-nantikan rakyat Malaysia bagi mengetahui perkembangan terkini pandemik Covi1d-19 negara ini.

Pastinya beliau adalah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dianggap antara orang terpenting di Malaysia dalam menangani pandemik itu.

Setiap kali diumumkan j4ngk1tan kes baharu menurun memberi satu kelegaan buat semua dan sebaliknya jika kes meningkat mendatangkan kegusaran.

Selepas lima bulan bekerja tanpa henti dan ‘bersilat’ ketika menjawab soalan wartawan setiap hari, akhirnya hari ini beliau diberi cuti oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) daripada membuat sidang media.

Pihak media dimaklumkan hari ini bahawa sidang media KKM bagi perkembangan terkini Covi1d-19 dibatalkan.

Bagaimanapun, KKM akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkembangan terbaru itu pada 4.30 petang hari ini.

Media dimaklumkan bahawa Dr Noor Hisham diberi cuti oleh PMO daripada melakukan sidang media hari ini, bagaimanapun tugas lain masih berjalan seperti biasa.

Dalam kekac4uan yang melanda negara ini, terdapat satu figura yang sentiasa kelihatan tenang dalam cuba mengawal situasi ini dengan sebaik mungkin.

 People wearing protective face mask waiting to crosss the road in Kuala Lumpur, Malaysia on March 14, 2020. Malaysia recorded 41 new c0v1d-19 cases on March 14, 2020. Bringing the total of 238 cases and 35 recovered as reported. (EyePress Newswire/FL Wong)

Hampir setiap hari pada sebelah petang, beliau akan membuat sidang media bagi memaklumkan bukan sahaja kepada para wartawan, tetapi seluruh rakyat dalam negara tentang kemaskini kes wab4k Cov1id-19 yang sedang berlaku di tanah air.

Segala penerangan dan jawapan yang disampaikan disusun dengan teratur, jelas, serta berhemah membuatkan ianya mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Bukan itu sahaja, kadang kala dalam sidang media yang diadakan itu, beliau turut akan menyertakan sekali beberapa nasihat dan panduan yang perlu diikuti rakyat jelata bagi membendung masalah wab4k ini daripada terus merebak.

Beliau yang dimaksudkan itu adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Mungkin ramai yang masih belum mengenali Datuk Dr. Noor Hisham dengan lebih baik. Oleh yang demikian, berikut adalah beberapa informasi tentang Ketua Pengarah Kesihatan terbabit untuk makluman semua.

1. Dilahirkan di Sepang, Selangor, pada 21 April 1963, Dr. Noor Hisham mempunyai ijazah Sarjana dalam Pembed4han dan ijazah Kedoktoran Perub4tan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai perubatan semula pada Ogos 1988.

 

Image via Facebook Noor Hisham Abdullah

Dr. Noor Hisham kemudiannya menjadi pakar dalam pembed4han endokrin dan melakukan latihannya di pelbagai universiti di Adelaide dan Sydney, Australia.

Beliau juga merupakan Pakar Bed4h Umum pada 1994 dan juga Pegawai Perub4tan Pakar Bed4h Umum h0sp1tal Putrajaya pada tahun 2004.

2. Pada 1 Mac 2013, beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan bagi menggantikan Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman

Sebelum itu, Dr. Noor Hisham memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perub4tan) sejak 1 Februari 2008.

Image via Facebook Noor Hisham Abdullah

Selain itu, beliau juga merupakan Ketua Jabatan Pembed4han Payud4ra Endokrin dan Pembed4han Am h0sp1tal Putrajaya serta Pakar Perunding Bed4h Kanan h0sp1tal Putrajaya pada tahun 2007.

3. Beliau banyak menyumbangkan buah fikiran dalam jurnal tempatan dan antarabangsa serta menulis banyak bab buku teks tentang pembed4han endokrin

Image via Facebook Noor Hisham Abdullah

Kepakarannya dalam k4nser endokrin telah memberikannya kepemimpinan dalam pelbagai pembelajaran serta program jangkauan kesihatan yang inovatif di seluruh Malaysia.

4. Beliau juga merupakan Presiden Majlis Perub4tan Malaysia

Image via Facebook Noor Hisham Abdullah

Bukan itu sahaja, pada Ogos 2017, Dr. Noor Hisham dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Jawatankuasa Eksekutif Komuniti Pakar Bed4h Antarabangsa (ISS) untuk 5 tahun iaitu dari 2017 hingga 2019 dan tahun 2019 hingga 2021.

5. Antara pencapaian dan anugerah Dr. Noor Hisham

Anugerah

  • Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) – 5 Jun 2004
  • Panglima Jasa Negara (P.J.N.) – 2 Jun 2007
  • Darjah Dato’ Paduk4 Mahkota Perlis (D.P.M.P.) – 17 Mei 2010
  • Darjah Seri Paduk4 Mahkota Perlis (S.P.M.P.) – 17 Mei 2013
  • Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri Pulau Pinang (D.M.P.N) – 26 Ogos 2013
  • Darjah Sri Mulia Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – 5 April 2014

Anugerah lain

  • Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2000 – h0sp1tal Kuala Lumpur (HKL)
  • Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004 – Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL)

6. Antara kelulusan beliau

  • Medical Doctor M.D (UKM) – 1988
  • Master of Surgery M.S (UKM) – 1994
  • Royal Australasian College Of Surgeons Fellowship Training in Breast Endocrine Surgery – 1997
  • Academy of Medicine Malaysia (A.M.) – 1998
  • Fellow Academy of Medicine Malaysia (F.A.M.M.) – 2004
  • Advanced Management Program, Oxford Business School, UK – 2008

7. Antara lantikan khas Dr. Noor Hisham

  • Royal Australasian College of Surgeons foundation visitor in Hong Kong – 2008
  • Tetamu khas Sri Lanka College of Surgeon di Colombo – 2010
  • British J Surgery Lecture (Birmingham) – 2010
  • 23rd Japanese Association of Endocrine Surgeons Lecture, Tokyo, Japan – 2011
  • Indian College of Surgeons S Vittal Oration, Kodaikanal, India – 2011
  • 13th College of Asian Association of Endocrine Surgeon Plenary Lecture, Singapore – 2012
  • Royal Australasian College of Surgeons International Visitor, Kuala Lumpur – 2012
  • General Surgeons of Australian International Guest, Hobart, Tasmania – 2012
  • Fellow of the Royal College of Physicians London, UK – 2012
  • Goatcher Surgeons in Residence 2013, Royal Perth h0sp1tal – 2013

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HM