COVID-19:’Penghid4p Dengan Gej4la Ringan Cepat Sembuh’… Gabungan Tiga Ubat Bantu Pesakit Pulih..

PARIS: Penyelidik di Hong Kong mendapati pes4kit c0v1d-19 dengan gejala ringan pulih dengan cepat, jika mereka dirawat menggunakan tiga jenis antiviral.

Pengarang kajian berkenaan menerbitkan dapatan itu di Lancet, iaitu pusat sumber pada Jumaat sambil menyifatkan penemuan itu “meskipun awal tapi penting”.

Mereka meminta supaya penyelidikan berskala besar terhadap pes4kit kritikal untuk memastikan jika kombo ubat-ubatan itu berdaya maju sebagai rawatan.

Penyelidik di Universiti Hong Kong, Prof Kwow Yung Yuen, yang mengetuai penyelidikan itu berkata, ujian menunjukkan rawatan biasa hingga sederhana c0v1d-19 pada peringkat awal dengan gabungan tiga antiviral dengan cepat, dapat mengurangkan jumlah v1rus dalam tubuh pes4kit.

Beliau berkata, rawatan itu yang selamat untuk pes4kit menunjukkan ia boleh melegakan gejala dan mengurangkan risiko petugas kesihatan dengan mengurangkan tempoh serta kuantiti v1rus (apabila v1rus itu dapat dikesan dan berpotensi menular).

Saintis sedang berlumba-lumba mengenal pasti ubat yang berkesan untuk digunakan bagi melawan c0v1d-19, tetapi sekarang ini belum ada rawatan, penawar dan vaksin.

Kajian yang dijalankan turut menjejaki v1rus dalam tubuh 127 orang dewasa yang dimasukkan ke enam h0sp1tal di Hong Kong selepas mereka diuji positif.

Daripada jumlah itu, 86 pes4kit diberikan tiga jenis ubatan dalam tempoh dua minggu, merangkumi beta-1b, iaitu sejenis ubat bagi merawat pelbagai sklerosis, ubat HIV seperti lopinavir-ritonavir dan ribavirin untuk merawat hepatitis.

Kumpulan kawalan yang terdiri daripada 41 orang diberi kombinasi lopinavir-ritonavir secara rawak.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH