Datuk Seri Ismail Sabri Dedahkan Jangkaan Dia ‘Meleset’ Pada Hari Pertama PKPB, Ini Bakal Terjadi Kepada PKPB

Pada awal sidang media, Datuk Seri Ismail Sabri memberitahu dia sendiri menganggap akan berlaku kekecohan pada hari pertama PKPB kerana rakyat terlalu lama tidak keluar sejak bermula PKP.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Keadaan adalah terkawal sepanjang masa pada hari pertama PKPB. Berita penuh di bawah

Video Berada Di Bawah Artikel

PKPB BOLEH DITAMATKAN AWAL

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mungkin akan ditamatkan lebih awal sekiranya semua pihak mengambil tanggungjawab untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana amalan kawalan kendiri yang tinggi dapat memastikan rantaian j4ngk1tan COV19 dapat diputuskan.

“Kerajaan ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada orang ramai atas kawalan kendiri dalam mematuhi SOP yang ditetapkan dan berharap dapat diteruskan sepanjang masa bagi memastikan rantaian j4ngk1tan COV19 dapat diputuskan.

PKPB mungkin tamat lebih awal - Ismail Sabri

Ismail Sabri berkata, ini kerana amalan kawalan kendiri yang tinggi dapat memastikan rantaian j4ngk1tan COV19 dapat diputuskan. 

“Jika semua dapat patuhi SOP ini dan semua mengawal secara kendiri saya yakin PKP (PKPB) ini mungkin kita dapat tamatkan lebih awal daripada apa yang kita jangkakan,” katanya dalam sidang media harian pada Selasa.

Ismail Sabri menambah, pelaksanaan PKPB yang bermula semalam dilihat terkawal dan hampir semua SOP dipatuhi semua pihak.

Jelas beliau, laporan disediakan p0lis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan terdapat peningkatan pergerakan di seluruh negara, namun berada pada tahap yang baik.

“Jangkaan (sesetengah pihak) bahawa premis-premis perniagaan akan sesak dan tiada pematuhan SOP seperti penjarakan sosial jelas meleset.

“Hasil laporan pemantauan mendapati premis-premis perniagaan mengamalkan SOP yang ditetapkan.

“Tinjauan dalam pengangkutan awam seperti Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) juga mendapati pengguna mengamalkan penjarakan sosial selain memakai topeng hidung dan mulut,” ujarnya.

Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber : ASTRO AWANI

Tahniah kepada semua Rakyat Malaysia .. Kita Jaga Kita .. Insyallah semua akan berakhir

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.hmtpress.allnws.com/