PM Dijangka Membuat Pengumuman PKP Pada Hari Buruh. Ini Yg Bakal Dinantikan Oleh Rakyat

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman untuk melonggarkan kekangan perintah kawalan pergerakan (PKP) semasa menyampaikan ucapan secara langsung pagi esok.

Muhyiddin dijadual membuat ucapan sempena Hari Buruh jam 11 pagi.

Antara perkara yang dijangka diumumkan oleh Muhyiddin, lapor China Press, ialah kelonggaran larangan buat sektor perniagaan, selain lebih banyak kebenaran untuk beroperasi bagi perniagaan lain mulai Isnin depan.

Untuk membolehkan mereka menyambung operasi, lapor portal tersebut, mereka perlulah mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan bagi mengelak j4ngk1tan Cov-19.

Langkah itu termasuklah memeriksa suhu badan pekerja, memeriksa simptom dan penjarakan sosial.

“Kegagalan mematuhi peraturan berkenaan akan membolehkan operasi mereka diberhentikan,” kata laporan berkenaan.

Memetik sumber, laporan berkenaan berkata, kebenaran itu tidak termasuk untuk syarikat yang menyediakan kemudahan rekreasi.

 

Pantau Situasi Terlebih Dahulu

 

seperti pawagam, pub dan kelab malam tidak dibenarkan lagi untuk menyambung operasi,” katanya.

Sumber itu juga memberitahu kerajaan juga tidak akan melanjutkan tempoh PKP yang kini memasuki fasa keempat dan berakhir pada 12 Mei ini.

Sebaliknya, kata sumber yang tidak didedahkan itu, kabinet akan meneliti perkembangan wab4k tersebut dan melonggarkan sekatan yang ada mengikut keadaan semasa.

“Kerajaan mahu melihat lebih banyak sektor meneruskan kerja. Ia adalah pihak huluan dan hiliran, termasuk yang membekalkan peralatan, bagi memulihkan ekonomi,” kata sumber tersebut.

Bagaimanapun, katanya, sekolah akan terus ditutup buat masa ini.

“Ia perlvk4n perbincangan teliti. Kerajaan mahu memantau situasi yang ada untuk dua minggu lagi.

“Mereka akan mendapatkan pandangan pemegang taruh dan merumuskan garis panduan. Justeru, ada kemungkinan akan dibuka semula pada awal atau pertengahan Jun,” katanya.

COVI1D-19: Ramai warga kota mula l4nggar PKP

KUALA LUMPUR: Ramai warga kota dikesan mel4nggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipercayai selepas kerajaan mengumumkan beberapa kelonggaran, semalam.

Tinjauan BH di sekitar Jalan Raja Laut, Jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib, mendapati puluhan individu berkumpul tanpa menjaga jarak dan melepak di kawasan awam sambil bersembang serta berjalan-jalan.

Ketika menghampiri seorang lelaki di Lorong Haji Taib yang enggan dikenali, dia memberitahu kerajaan sudah memberi kebenaran kepada orang ramai, bergerak dalam radius 15 kilometer (KM) semalam.

“Sebelum ini, kita hanya boleh bergerak dalam lingkungan 10 KM tetapi semalam sudah boleh bergerak 15 KM.

“Jadi, saya berhubung dengan kawan untuk membeli makanan berbuka puasa di kawasan Chow Kit sambil bersembang tentang isu PKP ini,” katanya ditemui di sini, hari ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : M.B