‘MAJIKAN Digalakkan Membenarkan Kakitangan Mereka Bekerja Dari Rumah Atau Secara Selang Seli’ … – PM

MAJIKAN digalakkan membenarkan kakitangan mereka bekerja dari rumah atau secara selang seli bagi selepas kerajaan membenarkan sektor ekonomi dibuka semula.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah ini juga boleh membantu ibu bapa menyelesaikan masalah penjagaan anak-anak.

“Walaupun pusat penjagaan kanak-kanak akan dibuka dengan mengamalkan standard prosedur operasi (SOP) tertentu tetapi ramai ibu bapa yang masih bimbang ungtuk menghantar anak-anak ke pusat penjagaan kanak-kanak.

“Kalau majikan boleh mebenarkan datang kerja secara selang seli ia boleh membantu selesaikan masalah ini.

“Jika anak tak perlu dihantar ke pusat jagaan, ia secara tidak langsung memudahkan penjaga mengikut SOP yang ditetapkan ketika penjagaan kanak-kanak,” katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja di Putrajaya, hari ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HM