Aizat Amdan R3mpuh Majlis Kahwin Orang… Apa Cerita Ni?

Setelah melancarkan single terbarunya yang berjudul Dup Dup, kini penyanyi Aizat Amdan muncul pula dengan video Aizat Amdan Wedding Crash yang mempunyai dua bahagian.

Seiring dengan lirik dan video muzik di dalam single Aizat yang berjudul Waktu yang telah  dilancarkan pada tahun ini, lagu ini ditujukan khas untuk pasangan yang bakal dan baru berkahwin.

Disebabkan itu idea untuk mer3mpuh majlis perkahwinan ini timbul.

Penggambaran yang dilakukan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan akibat Pandemik c0v1d-19 ini hanya mengambil masa selama dua hari sahaja dan Aizat Amdan berjaya merempuh tiga majlis perkahwinan yang diadakan di Bangi dan Klang (bahagian satu) dan Melaka (bahagian dua).

pengurus bahagian domestik Warner Music Malaysia, Shah Shamshiri berkata, permintaan untuk Aizat ‘merempuh’ majlis kahwin mereka sangat memberangsangkan. 

“Kami tahu ramai yang meminati Aizat serta lagu-lagunya jadi kami sangat gembira apabila Aizat sendiri bersetuju dengan idea ini.

“Malah, kami mendapat permintaan yang begitu banyak di laman sosial saat Aizat bertanya siapa mempunyai kawan yang mungkin mahukan persembahan kejutan di perkahwinan mereka awal Mac lalu.

“Namun kami hanya mampu memenuhi tiga permintaan bertuah dan berharap dapat memenuhi lebih banyak permintaan di masa hadapan,” jelasnya.

Tonton bahagian pertama video Aizat Amdan Wedding Crash di bawah:

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak