Sisi Gelap Pel4rian Rohingya Dan Pergerakan ARSA di Malaysia

Dalam satu artikel berkaitan kategori jen4yah per4ng – kamicuba menjelaskan secara ringkas tindakan kerajaan Myanmar mengisytiharkan secara rasmi apa yang berlaku di antara mereka dan etnik r0hingya ketika ini; merupakan satu bentuk peper4ngan.

Myanmar melihat isu pel4rian r0hingya ini bukan satu bentuk pengh4pusan etnik, sebaliknya lebih kepada sebuah angkatan tenteera bangkit menentang pejuang pemberontakan yang mahu menumbangkan kerajaan yang berdaulat.

Di sebalik semua dakwaan oleh Myanmar dalam mempertahankan pendirian kerajaan mereka, gerakan yang dinamakan ARSA atau Arakan r0hingya Salvation Army (ARSA) disebut sebagai tunjang utama pemberontakan orang r0hingya. Benarkah wujud hubungan di antara ARSA dan etnik r0hingya yang menjadi pelarian di serata dunia, seperti didakwa Myanmar?

Siapa Arakan r0hingya Salvation Army?

Gerakan mewujudkan negeri atau negara sendiri milik orang r0hingya sudah lama menjadi satu impian masyarakat mereka sejak berpuluh-puluh tahun dahulu. Bagaimanapun, kami akan mengupas topik ini dalam artikel lain ya.

Ideologi yang dibawa etnik r0hingya sejak Myanmar mencapai kemederkaan walaupun tidak pernah diperjuangkan secara besar-besaran berbanding perjuangan orang  etnik Karen yang bersifat lebih terbuka dan konsisten, diharap benar-benar akan dipenuhi.

Apa yang membezakan perjuangan orang r0hingya dahulu dan sekarang adalah permintaan mereka sudah dikatakan berbeza mengikut zaman.

Seandainya satu ketika dahulu mereka menuntut negeri mereka sendiri, pada ketika ini perjuangan mereka lebih berkisar kepada tuntutan hak kewarganegaraan.

Secara tak langsung ini menandakan persetujuan untuk mereka bekerjasama dengan kehendak kerajaan Myanmar asalkan etnik mereka diiktiraf secara rasmi dalam perlembagaan negara tersebut. Namun kita tahu Myanmar tetap berkeras sehingga kini, langsung tidak mengiktiraf keduduk4n malahan istilah ‘r0hingya’ juga dianggap tidak wujud di negara itu.

Gerakan ARSA dipercayai mula bertapak selepas ins1den rusuhan besar-besaran di antara puak pel4mpau Muslim dan Buddha pada tahun 2012. Secara rasmi perjuangan ARSA diisytihar bermula pada tahun 2016 dengan penubuhan gerakan Haraqah al-Yaqin, selepas mereka mula menerima kemasukan pejuang pembebasan yang ingin memperjuangkan kebebasan ideologi orang r0hingya.

Atas kertas, ARSA mengakui  mereka tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana gerakan pember0nt4kan lain, namun banyak pihak mendakwa di belakang tabir – ARSA mendapat sokongan gerakan Islamic State (ISIS) dan juga Lashkar it-Tayyiba, kumpulan pember0nt4kan terbesar di Pakistan yang mempunyai hubungan rapat dengan Al-Qaeda.

Dari segi kekuatan, ARSA lebih lemah berbanding dengan satu lagi kumpulan pengg4nas di Myanmar iaitu Arakan Army (AA), kumpulan pengg4nas beragama Buddha yang lebih aktif serta tersusun dari segi gerakan dan juga peralatannya.

Operasi dari kem pelarian

Sejak beberapa tahun lalu, operasi ser4ngan yang dilakukan oleh ARSA semakin perlahan berbanding dengan tahun-tahun awalnya, dipercayai disebabkan oleh kekangan dana operasi yang terjejas serta masalah untuk mereka merancang gerakan.

Kem pelarian Kutupalong serta beberapa bandar di Bangladesh dipercayai menjadi lokasi utama ARSA beroperasi, keahlian pejuang mereka rata-ratanya hadir daripada kawasan tersebut daripada kumpulan pelarian. Bagaimanapun, perkara ini dinafikan kerajaan Bangladesh.

Berikutan daripada ketiadaan sistem latihan yang lengkap, peralatan yang mencukupi dan rangkaian organisasi yang teratur – operasi ARSA hanya berjaya dilakukan dalam operasi skala-skala kecil seperti ser4ngan hendap dan sab0taj.

ARSA tiada kem latihan yang tetap, memaksa latihan-latihan senjata diadakan secara bersembunyi menyebabkan ahli mereka kurang mahir dalam pengalaman bertempur.

Atas kekangan-kekangan logistik serta operasi tenteera Myanmar yang semakin berjaya mengawal situasi, ARSA dilaporkan mula mengubah operasi mereka daripada menjalan operasi pember0nt4kan terbuka kepada gerakan yang lebih halus – menggunakan jaringan masyarakat r0hingya yang ada sebagai rangkaian penyumbang bagi membolehkan kekuatan ARSA dibina dengan lebih teratur.

Di sinilah nama Malaysia mula terpalit.

Warga r0hingya di Malaysia secara sulit menyokong ARSA

Dalam siri ser4ngan lebih 2 jam ke atas sebuah balai p0lis di ibu negeri Rakhine iaitu Maungdaw – ARSA menyer4ng balai tersebut mengakibatkan keced3raan ke atas pegawai yang bertugas.

Mereka yang dikenalpasti terlibat dalam ins1den ser4ngan itu dipercayai mempunyai hubungan dengan kumpulan pelarian r0hingya yang ada di Malaysia. ARSA bagaimanapun menafikan wujudnya hubungan di antara mereka dengan kumpulan warga r0hingya yang ada di Malaysia.

Pada bulan Mei tahun 2019, PDRM berjaya menahan kumpulan empat orang pengg4nas, dua daripadanya warga pelarian r0hingya yang dipercayai merancang siri ser4ngan balas dend4m dipercayai berpunca daripada ins1den rusuhan kuil di Selangor yang mengakibatkan kem4tian ahli bomba allahy4rh4m Muhammad Adib.

Salah seorang daripada warga r0hingya yang ditahan adalah pekerja restoran berusia 20 tahun, mengaku beliau adalah penyokong kepada gerakan ARSA di Myanmar. Dua lagi suspek merupakan warga tempatan dan Indonesia.

Pada awal bulan Julai tahun yang sama, pasukan anti keg4nas4n negara kita berjaya menangkap dua orang penyokong kuat ARSA yang bergerak dalam kumpulan empat orang – didakwa sengaja memuat naik video ke dalam laman media sosial, meminta agar pembunvhan ke atas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina dilakukan.

Salah seorang daripada pelarian r0hingya itu adalah seorang pekerja buruh berusia 41 tahun yang menetap di Kedah, mempunyai rekod jen4yah lampau serta terlibat dengan sindiket pemerd4gangan manusia. Seorang lagi lelaki berusia 25 tahun yang dikatakan bertugas sebagai seorang pengajar agama di Bukit Pinang, Kedah.

Dua lagi individu yang ditahan adalah warga Filipina dan India.

Daripada beberapa tangkapan yang telah berjaya dilakukan di negara kita, pihak berkuasa menemui bukti bagi menunjukkan wujudnya hubungan di antara ARSA dan kumpulan pelarian seterusnya menafikan kenyataan ARSA yang telah dibuat.

Sistem Hawala – per4s ugut atau sumbangan?

Tidak lama selepas tangkapan kedua itu berjaya dilakukan, pada 23 Julai 2019 – PDRM melaporkan bahawa si4sat4n mereka menemui bukti bahawa kumpulan pelarian r0hingya di Malaysia juga sebenarnya menjadi penyumbang dana kepada gerakan ARSA.

Dalam tahun 2019 setakat bulan Julai, dianggarkan lebih RM80,000 sudah pun disalurkan kepada gerakan ARSA melalui jalinan pertukaran wang yang kompleks, digelarkan sebagai ‘sistem hawala’ yang mempunyai sejarah panjang di tanah Arab dan Asia Selatan.

Sistem hawala memerlvk4n seorang ejen bertindak mengumpulkan wang sebelum disalurkan kepada ejen-ejen lain bagi membolehkannya dihantar kepada ARSA Perkara ini didedahkan oleh salah seorang warga r0hingya yang ditahan.

Sistem hawala kelolaan ARSA ini didakwa dimulakan kumpulan pelarian r0hingya yang tinggal berdekatan sempadan Thailand, khasnya negeri Kedah dan Perlis – bagi memudahkan perpindahan rentas negara dilakukan secara manual.

Wang itu akan dipindahkan atas dasar percaya, menggunakan hubungan persahabatan yang terjalin atau kekeluargaan tanpa ada sebarang rekod dicatat, bagi mengelakkannya dikesan.

Hasil tangkapan PDRM turut mended4hkan taktik ejen yang terlibat dalam sistem hawala yang akan bertindak memeras ugut pelarian r0hingya di Malaysia. Pelarian yang menjadi m4ngs4 diugut membayar wang sumbangan bagi mengelakkan  ahli keluarga yang mereka tinggalkan di Bangladesh diapa-apakan.

Setiap ejen ARSA yang dilantik dikatakan mempunyai senarai lengkap ahli keluarga mereka, menyebabkan ramai pelarian r0hingya di sini hendak tak hendak terpaksa menjadi penyumbang kepada perjuangan ARSA.

Masalah sistem hawala di kalangan pelarian r0hingya bukan sahaja berlaku di negara kita dan Bangladesh.

India turut sama melaporkan penemuan wang hawala di kalangan pelarian r0hingya di sana. Beberapa buah kediaman keluarga pelarian r0hingya yang tinggal secara har4m di wilayah Jammu dijadikan pusat simpanan sementara wang hawala hasil siasatan p0lis pada penghujung tahun 2018.

Wang yang berjumlah RM172 ribu dipercayai diedar dan diuruskan oleh dua orang ejen, ditempatkan dalam beberapa rumah setinggan bagi menyukarkan wang tersebut dikesan.

Sama ada wang yang dikumpulkan di Malaysia, India dan Bangladesh untuk tujuan pemberontakan itu benar-benar sampai kepada pergerakan ARSA atau digunakan oleh ejen-ejen orang r0hingya untuk memperkayakan diri sendiri, sukar untuk kita ketahui kesahihannya.

Rujukan

r0hingya Crisis and Western Myanmar’s Evolving Threat Landscape

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : iluminasi