Perlu mohon kebenaran p0lis untuk lawat isteri-isteri

KUALA LUMPUR: Lelaki yang mempunyai lebih satu isteri perlu memohon kebenaran p0lis jika mahu bergerak lebih 10 kilometer (km) radius dari kediaman untuk melawat isterinya yang lain.

Ketua p0lis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata pihaknya akan mempertimbangkan dan meneliti alasan permohonan itu sebelum ia diluluskan atau sebaliknya.

“Seperti prosedur operasi standard (SOP) digariskan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang awam dibenarkan bergerak lebih 10km radius atas sebab tertentu termasuk hal kecemasan namun perlu menyertakan dokumen dan bukti.

“Kalau ada yang melawat isteri lain di kawasan berbeza, mereka perlu membuat permohonan di balai terdekat. p0lis akan teliti permohonan berkenaan dan terpulang kepada mereka untuk meluluskan permohonan itu atau sebaliknya.

“Saya sebagai Ketua p0lis Selangor tak pernah lagi berhadapan kes seperti ini (lelaki mohon nak melawat isteri lain), mungkin Ketua p0lis Daerah ada (berhadapan kes sebegitu),” katanya pada BH, hari ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online