Jangan b3nci Roh1ngya – Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu tidak sewajarnya melampiaskan kebenc1an kepada pelar1an r0h1ngya.

Bekas Perdana Menteri itu mengakui memahami mengapa sentimen kebenc1an terhadap r0hingya dirasai orang Melayu, namun menegaskan etnik itu hanyalah m4ngs4 kezal1man Myanmar.

Dr Mahathir menegaskan, Malaysia juga tidak wajar menghalau bot dinaiki hampir 400 pelarian r0hingya sehingga etnik malang itu terpaksa belayar di laut bagi tempoh kira-kira dua bulan.

Menyifatkan tindakan itu tidak berperikemanusiaan, beliau berpandangan, pihak berkuasa Malaysia sepatutnya membekalkan mereka dengan makanan dan minyak supaya dapat pergi ke negara lain atau pulang ke Myanmar.

“Saya sedar kenapa orang Melayu sekarang begitu benc1 kepada orang r0hingya. Dahulu mereka benc1 kepada pelarian dari Vietnam.

“Pada mulanya orang Melayu bersimpati dengan orang r0hingya dan mereka pun pilih untuk datang ke Malaysia kerana simpati daripada kita, tetapi apabila jumlah menjadi begitu ramai dan ada perbuatan pelarian ini yang menyentuh perasaan orang Melayu, maka simpati bertukar jadi benc1.

“Sesungguhnya kita telah beri terlalu banyak suaka kepada pelarian. Mereka sepatutnya pergi ke negara lain, dan negara lain juga perlu buka pintu mereka.

“Tetapi, menghalau bot berisi 400 pelarian sehingga mereka berada di laut sampai dua bulan adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan,” katanya menerusi hantaran terbaru dalam blognya, Chedet, hari ini.

Dr Mahathir menegaskan, kemarahan dan kebencian rakyat Malaysia, sepatutnya ditujukan kepada Myanmar dan pemimpin negara itu yang juga penerima Anugerah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi, kerana kezaliman mereka.

Bagi menyatakan kemar4han terhadap kezal1man Myanmar pada r0hingya, Dr Mahathir berpandangan, Malaysia perlu menolak urusan dagangan dengan negara itu serta mendedahkan kezaliman mereka, selain menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak terhadap Myanmar.

“Janganlah kita benci kepada orang r0hingya yang menjadi m4ngs4 kezal1man. Negara-negara Islam dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu bertindak untuk menghentikan kezal1man oleh Myanmar,” katanya.

Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan, pengawal pantai Bangladesh menyelamatkan sekurang-kurangnya 382 pelarian r0hingya yang menaiki sebuah bot besar di perairan negara itu, selepas hampir 2 bulan belayar di laut.

Akhbar tempatan, Dhaka Tribune melaporkan, etnik r0hingya itu asalnya menuju ke Malaysia, tetapi berpatah balik ke laut kerana rondaan pantai ketat dilaksanakan negara itu susulan pandemik c0v1d-19.

Pada 17 April lalu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memaklumkan, berjaya mematahkan cubaan kira-kira 200 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik r0hingya menyelvdup masuk ke negara ini melalui perairan Langkawi.

Bot itu dipintas kapal KD Lekiu dan KD Lekir, sebelum anak kapal KD Lekiu mengagihkan bekalan makanan kepada kumpulan PATI itu atas dasar kemanusiaan, sebelum mengiringi bot berkenaan keluar daripada memasuki perairan negara.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online