Jual laksa untuk tolong ‘runner’

KUALA LUMPUR: Menghulur bantuan cara sendiri, isteri Hazama, Genervie Kam menjual asam laksa bagi menolong ‘runner’ mencari rezeki sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Genervie yang mesra disapa Gen bukan mahu meraih untung, sebaliknya membantu ‘runner’ atau penghantar makanan menjana pendapatan dalam kehidupan mencabar sekarang.

“Kalau hendak dikira keuntungan jualan asam laksa, berapa yang saya dapat dengan harga bahan basah yang tinggi. Jadi keuntungan jualan ini sebenarnya lebih kepada ‘runner’.

“Niat saya lebih untuk membantu mereka. Sebelum ini, saya menganjurkan kelas muzik di Instagram secara percuma. Seminggu sebelum Ramadan, saya mula menjual asam laksa,” katanya kepada BH Online.

Gen berkata, dengan menjual asam laksa, dia dapat membantu abang ipar yang dipotong gaji oleh majikan berikutan operasi terjejas selepas PKP dilaksanakan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pre order now for Thursday. Not many packs left. KAM ASAM LAKSA PENANG NO MSG 1 pack rm9 3 packs above rm8 per pack 🔸Delivery RM0.70 per km 🔸FREE DELIVERY for all Bandar Saujana Putra residences ONLY Thanks to all that have supported. I hope you guys enjoyed the laksa and to those that haven’t tried, try la during this PKP season. After this no more already. Hehe. I know I can’t satisfy everyone’s taste buds and finding a fair balance in spiciness, sweetness, saltiness, sourness right to amout of soup is definitely a challenge in food business. It is preference…Malays call it kuah, Chinese call it soup. Even that determines the kind of bowl being used. Just like the music I produce. But I definitely am working towards improving both skills. Cooking this is also an art. I can cook the same dish everyday, but will not taste exactly the same. Similarly to performing the same song every time. So please bare with me as I improve in this new field. It is definitely a challenge fpr be but a rather exciting one. Am taking full advantage of this PKP to learn and master this new venture. “BELUM TRY BELUM TAU. SUDAH TRY LAGI MAU” – Dad #kamasamlaksapenang #noMSG #sharethelove #stayathome #dudukrumah #dontwastethisseason #trynewthings

A post shared by Genervie Kam (@generviekam) on

“Gaji abang ipar dipotong, dia yang banyak menghantar pesanan pelanggan. Boleh dikatakan ini adalah sebahagian sedekah saya pada bulan puasa ini,” katanya.

Seronok mengisi masa dengan berniaga, Gen mengaku sudah lama berhasrat berniaga.

“Berikutan tiada acara persembahan sepanjang PKP dengan tawaran kerja terpaksa ditolak kerana peralatan muzik disimpan di studio, mengapa tidak saya isi masa dengan berniaga.

“Jika diikutkan, sebelum PKP, saya dan Hazama mahu melancarkan produk minyak wangi tapi terpaksa ditangguhkan.

“Jadi, saya menggunakan masa ini untuk belajar berniaga makanan. Abang ipar banyak berkongsi selok-belok bisnes. Alhamdulillah, saya seronok menimba pengalaman baharu. Melihat sambutan pelanggan, saya jadi bersemangat.

“Sekarang saya tak perlu fikir pasal muzik, sebaliknya sibuk memasak sahaja,” katanya.

Sebelum ini, Gen menjual asam laksa dalam kalangan jiran. Namun, selepas sambutan diterima sangat baik, Gen menjual antara 70 hingga 80 bungkus asam laksa setiap hari.

Tambah Gen yang berkahwin dengan Hazama pada 2018 ini, suami menyokong dia berniaga dengan mengeluarkan modal dan membantu mengemas dapur.

Sementara itu, dengan kesibukan Gen berniaga, Hazama lebih berdikari dalam menguruskan kerja seni.

“Alhamdulillah, Hazama banyak belajar mengurus pelbagai perkara sendiri tanpa pertolongan saya.

“Sebelum ini, kalau hendak pasang mikrofon pun saya yang buat. Sekarang, dia belajar lakukan sendiri sebab saya sibuk memasak,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online