Krew TV3 Memb0ngkar Cerita Realiti Rancangan BERSAMAMU

Pendakwah bebas, Ebit Lew membuat pengumuman mengejutkan beliau akan berhenti menyalurkan bantuan kepada pihak yang terkesan susulan pandemi1k Covi1d-19.

Beliau berkata demikian setelah mendapat nasihat daripada pihak berkuasa kerana terdapat aduan terhadapnya susulan kegiatan yang dijalankan. Namun ada Ustaz-ustaz mempersoalkan jika apa yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew boleh menjatvhkan marvah orang m1skin, bagaiman pula dengan rancagan bersama mu yang telah bersiaran bertahun. Tapi tiada pula Ustaz-ustaz muncul meng3cam rancangan tersebut?

Di dunia ini, semua orang dilahirkan dengan nasib yang berbeza-beza. Ada yang dibesarkan dalam keluarga senang dan begitu juga sebaliknya. Oleh sebab itu, maka wujudlah inisiatif seperti program ‘Bersamamu’ (TV3) dengan tujuan bertindak sebagai perantara saluran bantuan untuk meringankan b3ban di bahu golongan asnaf khususnya yang menetap di kampung.

Namun begitu, ada sebilangan kecil yang mengambil kes3mpatan terhadap bantuan-bantuan sebegini. Mungkin juga kerana terlalu selesa dengan bantuan yang diterima, mereka seolah-olah enggan mengubah nasib sendiri. Hakikat ini memang berlaku dan ia didedahkan sendiri oleh seorang krew ‘Bersamamu’ iaitu Hazrey.

Ayam pun duduk dalam almari baju

Berikut perkongsian menarik yang dibuat oleh lelaki ini bakal membuatkan kita terbuka mata dengan cabaran tatkala menjejaki golongan asnaf.

Krew TV3 B0ngkar Realiti Sebenar Rancangan Bersamamu

“Bila kami buat Bersamamu, sebelum sho0ting, kami akan tinjau dulu keadaan sebenar responden. Benarkah mereka ada usaha sendiri atau hanya bergantung kepada bantuan semata-mata? Kita check semua tu. Ada yang genuine case. Ada yang malas.

Ada yang kami jumpa ayam pun duduk dalam almari baju. itu malas. Ada yang benar-benar berusaha. Walaupun duduk setinggan, tapi tanah di tepi rumah diusahakan tanam tanaman yang boleh datangkan hasil.

Ada juga yang tak mampu berusaha disebabkan masalah kesihatan. Contoh ada kes keluarga s4kit ment4l. Tetapi penduduk sekeliling tak hiraukan. Melarat hidup mereka. Kami datang, kena m4rah dgn ketua kampung.

Dan kami pun pernah kena kepung dgn org kampung sebab tak puashati kami sho0t orang susah. Rupanya yang mar4h tu penyokong wakil rakyat. Siap bawak kayu lagi. Kami terpaksa panggil p0lis.

Dan ramai tak tahu, ketika banjir 2006/2007, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah (ketika itu suaminya masih TMJ), meredah air banjir di sekitar Johor untuk membantu mereka yang terjejas. Ada kisah menarik mengenainya.

Di Muar, Raja Zarith dibawa ke kawasan m4ngsa yang dah dibantu tetapi baginda bertegas nak lihat kawasan kampung. Dalam perjalanan tu, nampak sebuah rumah dikelilingi air. Ada kanak-kanak duduk di tangga. Baginda minta berhenti dan meredah air naik ke rumah itu.

Di dalam rumah itu, didiami seorang lelaki dan isterinya yang s4kit, anaknya pun s4kit mata dan hampir buta. Keluarga ini tidak dibantu langsung ketika banjir besar itu. Sebabnya? Lelaki itu berstatus penduduk tetap. She was very disappointed.

Kita tak boleh buat macam ni. Mereka pun manusia. We need to help them, assist them.” Itu antara ayat Raja Zarith. Raja Zarith ni, I have covered her programs many times, she is a soft spoken person. You know, that motherly kind. Dia tegas tapi dalam nada lembut.

Dan keluarga itu turut dibantu melalui Bersamamu. Kami datang sho0t 3 hari ketika kawasan itu masih lagi terjejas banjir.

Memang ada wakil rakyat yang tak suka Bersamamu ni. Ada yang suka sebab boleh bawak hamper. Haha. Tapi yang paling tervk ialah bila depan kamera berjanji sampai ke langit, kami balik, mereka pun ghaib. Dan responden call kami mengadu.

Ada wakil rakyat yang berfikiran logik. “Ri, kita tak boleh nafikan memana pun ada orang susah. Mungkin tahun lepas dia tak susah. Tetiba tahun ni suami dia men1inggal dan tempat bergantung dah takde, keluarga jadi susah. Jadi kita kenalah bantu. Itu kewajipan kita.”

Bila datang rumah, mereka susah payah buatkan air

Ikut pengalaman saya, kebanyakan orang susah yang benar benar berusaha ni, mereka sangat menghargai sedekah. Biar pun sedikit. Walaupun seringgit. Kita datang untuk tinjau pun mereka dah rasa bersyukur walaupun belum tentu kami akan shoot.

Setiap kali, mereka pasti susah payah nak buatkan air. Adab orang kita kan. Walaupun susah, tetamu tetap dimuliakan. Kerapkali kami dah ‘warning’ siap siap, tak payah bersusah payah. Tapi yelah, biarpun mereka susah, kebanyakannya tinggi adab.

Ada satu kisah di Batu Pahat. Rumah famili ni terb4kar. Hangus semuanya. Terpaksa menumpang rumah kecil jiran mereka. Dia tulis surat pada Bersamamu, lengkap dengan maklumat, pengesahan ketua kampung etc. Selepas tinjau, kami datang balik.

Kami datang bawak satu hamper barang keperluan ala ala style wakil rakyat lah. Saya datang berdua dengan bos Bersamamu, Noraini Tahir. Kami duduk bersimpuh di ruang kecil rumah ditumpang keluarga ni. Baik baik anak-anak famili ni.

Kami datang pun, lelaki ketua keluarga ni yang bekerja kampung dah cukup happy. Isterinya lagilah. Macam sambut orang meminang happy dia. Nasib baik saya sikat rambut masa tu, rasalah kacak sikit. Dia ceritakan kisah anak anaknya. Semua elok elok belajar. Bijak bijak anaknya.

Di akhir kunjungan kami tu, Noraini serahkan cek Bersamamu dalam envelope untuk membantu famili ni. Ketua keluarga sambut dan sangat happy. Tapi tak tengok pun kat dalam envelope tu. Wife dia pun berkali kali ucap terima kasih. Pun masih tak tengok apa dalam envelope nipis 9×5.

Yang suaminya tak lekang berterima kasih, begitu juga si isteri. Tapi kerana adab, mereka tak mahu buka apa terisi dalam sampul surat tu. Kita kan macam tu. Rasa tak molek pulak bukak depan depan kan.

Sebelum kami bangkit untuk beredar pulang, saya katakan pada bapa anak lima atau empat tu. Kisah ni berlaku tahun 2009 atau 2010 tak silap. “Tengoklah dalam sampul surat tu, ok tak untuk bantu buat rumah balik,” kata saya.

Dia pun buka perlahan lahan. Tarik keluar sekeping cek. Bila dia lihat jumlah pada cek tu, tak putus mulutnya dengan ucapan Ya Allah, Alhamdulillah. Dia tunjuk pada isterinya, terus isterinya menangis dan peluk Noraini. Saat seperti itulah yang naikkan semangat kami.

Jumlah diterimanya besar. Dan kami katakan, kami hanya perantara. Ini sumbangan dari rakyat Malaysia melalui tabung Bersamamu. Terima kasih pada mereka yang menyumbang. Dan niatkan pahala kepada mereka yang menyumbang. Bukan kami.

Saat kami melangkah keluar tu, lelaki ketua keluarga di Batu Pahat tu masih berucap syukur dan berterima kasih kepada kami. Dan selepas itu, mereka sentiasa update rumah yang dibina semula, keadaan keluarga mereka. Dan update kecemerlangan anak anak mereka dalam pendidikan.

Kalau bapa mereka call, mesti akan pass telefon pada anak anak mereka untuk bercakap dengan saya. Saya tanya khabar, tanya pelajaran mereka. Mereka beritahu dapat nombor berapa, subjek apa cemerlang. Sentiasa update saya dan Noraini.

Usah bimbang atau terkesan dengan pihak ‘Bersamamu’

Kita mungkin tak mampu bantu dari segi kewangan, tapi kita sentiasa ada kemampuan lain. Banyak cara untuk kita bantu orang susah. Dan bila kita dipertemukan dgn orang susah, mungkin Allah jadikan kita perantara kerana kemampuan kita bukan dari segi kewangan tapi kemampuan lain.

Krew bersamamu bertukar ganti. Tetapi matlamatnya tetap sama. Membantu meringankan b3ban. Menjadi perantara untuk anda, untuk mereka. Ringankan beban mereka yang susah, ringankan b3ban (permudahkan) untuk anda bersedekah. Ini kisah untuk paparan Ahad ini.

Dan kepada sahabat sahabat di JKM sekelian, usahlah bimbang atau rasa terkesan dengan krew Bersamamu. Mereka hanya perantara untuk penonton di luar sana, yang mahu menyumbang. Kami tahu anda menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Dan anda semua di luar sana, usahlah bila nampak ada orang susah terus mencela sahabat kita di JKM, Pusat Zakat. Kerapkali kita lihat sebenarnya, mereka sudahpun menerima bantuan. Tetapi gunakan tenaga itu untuk membantu, bila ada orang share tentang orang susah.

Lazimnya, orang susah ni kebanyakannya tak mahu duduk diam di rumah menunggu bantuan semata-mata. Mereka nak keluar juga mencari duit. Dan apabila ia dipapar di media sosial, cepat kita menc3la JKM, Pusat Zakat.

Dan kita juga perlu faham, peruntukan JKM contohnya perlu dibahagi-bahagikan kepada ramai penerima. Bukan segala peruntukan diberikan pada satu atau dua keluarga. Jadi, untuk kita yang ada rezeki lebih tu, bila tahu orang susah, bantulah. Dan bantu diri raih pahala.

Selalu kita baca, orang marah marah bila kisah orang susah dikongsikan di media sosial. “Duit JKM bebanyak tu pergi mana? Ini mesti masuk poket sendirilah tu.” Apabila kita tak faham, mudah kita menvduh.

Dan apabila kita bersedekah, kita perlu katakan pada diri kita, ini rezeki yang Allah tumpangkan pada aku. Ini sebenarnya rezeki orang susah ni. Insha Allah kita tak pernah akan miskin jika bersedekah” tulis Hazrey lagi di laman twitter beliau

Sumber: Twitter Hazrey

Berikut reaksi netizan selepas perkongsian ini

Ebit henti agih bantuan lepas dipanggil p0lis

KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal, Ebit Lew mengesahkan khidmatnya bagi membantu orang tidak berkemampuan tidak lagi akan dilakukan secara langsung.

Ebit Lew berkata, pendirian itu diambil selepas dipanggil ke Bukit Aman hari ini, bagi memberi keterangan berhubung laporan beberapa pihak yang mempertikaikan khidmat bantuannya yang tular di media sosial.

“Atas nasihat, setakat ini sahaja saya berkhidmat pada semua secara langsung.

“Saya cuma akan memindahkan wang pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja.

“Jangan ‘tag’ saya lagi (di Facebook) kes orang susah. Nanti habis PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) baru saya cuba bantu,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Mengulas mengenai kehadirannya ke Bukit Aman, Ebit Lew berkata, beliau dihubungi p0lis untuk berbuat demikian pada tengah malam tadi.

“Saya terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes tular beberapa hari lalu kerana ada aduan.

“Mereka (pegawai rakam keterangan) semua baik dan melayan saya dengan sangat baik. Terima kasih sangat.

“Tadi saya menangis ketika beri keterangan pada beberapa pegawai mungkin sebab penat. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma Cina Islam yang sayangkan Islam dan Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut, Ebit Lew memohon maaf sekiranya apa dilakukannya menggvris hati orang ramai kerana niatnya hanya ingin membantu.

Pendakwah itu berkata, beliau sememangnya tidak boleh melihat orang tidur di kawasan kotor dan tepi jalan.

“Lebih seratus orang sudah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di Facebook

“Saya tiada niat nak tular perkara ini. Ramai anak-anak susah dan terbiar, pelajar tahfiz saya bayarkan yuran mereka. Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah.

“Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://hariharikerja.com/