“Saya menangis ketika beri keterangan kepada beberapa pegawai mungkin sebab penat.”- Ebit Liew Mula Bersuara Setakat Ini Sahaja Beliau Membantu Orang Susah Kerana……

PENDAKWAH terkenal, Ebit Lew tidak lagi akan membantu secara langsung golongan yang kurang berkemampuan.

Menerusi entri terbaru di Facebook (FB), Ebit berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau dipanggil memberi keterangan kepada p0lis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, dia dipanggil susulan laporan p0lis yang dibuat beberapa pihak yang meragui bantuan dihulurkan kepada barisan hadapan dan golongan kurang berkemampuan baru-baru ini.

“Setakat ini sahaja saya berkhidmat pada semua secara langsung. Selepas ini saya cuma akan memindahkan wang kepada orang susah dan teruskan dari rumah saja.

“Jangan tag saya lagi (di Facebook) kes orang susah. Nanti habis PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) baru saya cuba bantu,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, p0lis menghubungi semalam untuk hadir memberi keterangan.

“Saya menangis ketika beri keterangan kepada beberapa pegawai mungkin sebab penat. Saya tak salahkan sesiapa.

“Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma Cina Islam yang sayangkan Islam dan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, dia juga memohon maaf kepada pihak yang berkecil hati dengan niatnya membantu orang yang dalam kesempitan.

“Lebih seratus orang sudah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di FB.

“Saya tiada niat nak tular perkara ini. Ramai anak-anak susah dan terbiar, pelajar tahfiz saya bayarkan yuran mereka.

“Perniagaan saya sebenarnya sangat baik dan syukur pada Allah,” katanya.

Ebit menghulurkan bantuan sejak negara terkesan dengan j4ngk1tan koronav1rus baharu (c0v1d-19) apabila memberikan pelbagai peralatan dan makanan kepada barisan hadapan selain membantu mereka yang terputus pendapatan sepanjang PKP dilaksanakan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HM