Tak mahu popular sebab kec4man

KUALA LUMPUR: Perit dikec4m dan dihina bertubi-tubi selepas kenyataannya disalah erti mengh1ina penduduk Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan setinggan memberi impak besar dalam hidup pelakon, Syifa Melvin.

Sungguhpun begitu, ujian diterima terselit hikmah yang tidak diketahui. Syifa atau nama sebenarnya, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26, mempelajari pengalaman berharga rentetan kontr0versi itu.

Syifa berkata, awalnya, semangat seakan pudar, malah dia tidak sanggup berdepan dengan masyarakat. Dirinya cukup terkesan dengan tohmahan dilemparkan.

Bagaimanapun, katanya, dia memujuk hatinya, seminggu kemudian. Dia perlu bangkit dan tiada guna melayan kemurungan jiwa kerana hidup perlu diteruskan.

“Banyak hikmah dipelajari menerusi kontroversi ini. Antaranya, saya menjadi lebih penyabar. Sebelum ini, saya seorang pemarah dan tidak mudah bersabar, biarpun hanya hal yang kecil.

“Saya jadi lebih berhati-hati apabila melontarkan kata. Saya juga hanya mahu bercakap perkara bermanfaat dan kurang bercakap benda merapu. Begitu juga ketika menulis kapsyen dalam laman sosial.

“Saya tetap menjadi diri sendiri, cuma lebih menjaga batas dan berhati-hati ketika menulis. Saya tak mahu ada hati yang terguris lagi,” katanya kepada BH Online.

Pelakon yang diperkenalkan menerusi drama #SisCuba itu berkata, ins1den berkenaan memberikan impak besar dalam kehidupannya.

“Saya tak berkongsi dengan sesiapa termasuk adik beradik mengenai perasaan saya. Walaupun kakak, Syatilla Melvin juga seorang pelakon dan banyak pengalaman berdepan cemuhan netizen, tetapi apa yang kami lalui berbeza.

“Saya lebih suka menyendiri dan menyelesaikan masalah sendirian,” katanya yang kesal atas apa yang berlaku.

Menjelaskan kembali apa yang terjadi, personaliti media sosial kelahiran Parit Buntar, Perak itu berkata, apa yang diperkatakan mengenai isu PPRT disalah erti.

Bagaimanapun, katanya, tiada guna menerangkan semula dengan panjang lebar kerana netizen tidak akan memahaminya. Mereka mudah melontarkan kata tanpa cuba memahami situasi yang berlaku.

“Tiada guna menjelaskannya lagi, netizen tetap tidak akan menerimanya. Jika saya menjawab semula kec4man netizen, kontroversi ini akan bertambah meleret.

“Jadi, saya pilih mengambil sikap mendiamkan diri. Pengikut akaun Instagram (IG) saya bertambah hampir 100,000. Bagaimanapun, tiada apa yang perlu dibanggakan kerana saya tak mahu dikenali melalui isu negatif,” katanya.

Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata, dia tidak mahu dikenali kerana kontroversi.

“Saya tak mahu popular sebab kec4man. Bagi saya, lebih baik jumlah pengikut naik sedikit demi sedikit, berbanding mendadak. Saya mahu pengikut mengikut perkembangan saya secara ikhlas, bukan atas tiket kontroversi.

“Bagaimanapun, jumlah pengikut makin berkurangan daripada 677,000 kepada 673,000 selepas itu. Jumlah yang tinggal mungkin mereka yang ikhlas nak mengikut perkembangan saya,” kata Syifa.

Mengulas keluarga yang turut diheret dalam kancah kontr0versi itu, Syifa berkata, dia dan adik beradiknya hanya tersenyum dengan tohmahan dilemparkan.

“Apa yang penting, keluarga tahu apa yang berlaku. Justeru, saya dan adik beradiknya tidak terkesan dengan tudvhan kononnya kami keluarga materialistik,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online