Rumah lama Pak Ishak akan dirobohkan esok

Rumah lama keluarga pes4kit strok, Ishak Darus atau Pak Ishak, 77, di Lorong Gedebang, Jalan l4ngg4r, Alor Setar akan dirobohkan esok selepas mendapat rumah sewa baharu yang lebih selesa.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Faisal Mustaffa menerusi Facebooknya, sebentar tadi.

“Semua sudah berpindah dan esok rumah Pak Ishak akan diroboh. Walaupun di peringkat awal masih ada ahli keluarga yang enggan, dengan bantuan penduduk kampung, agensi serta anggota p0lis, mereka semuanya akur.

“Alhamdulillah, semoga Pak Ishak sekeluarga dipermudahkan urusan oleh Allah SWT di rumah baharu,” tulisnya.

Faisal turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Ustaz Ebit Lew dan pasukannya kerana berjaya memujuk keluarga Pak Ishak untuk berpindah dari rumah tersebut setelah 12 tahun tertangguh.

“Terima kasih kepada Ustaz Ebit Liew dan juga tim. Terima kasih juga kepada seluruh jawatankuasa Masjid Al-Irfan, Derga dan juga seluruh penduduk kampung. Semoga Allah merahm4ti kita semua,” ujarnya.

Semalam, tular di media sosial apabila pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew menziarahi Ishak yang menghidap angin ahmar bersama keluarganya tinggal di rumah usang kerana tidak mampu menyewa di tempat lain.

Mereka didakwa tinggal berhimpit dengan lantai beralaskan tikar getah, dinding kayu reput dimakan anai-anai, malah sebahagian bumbung zink berlubang.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : cempedakcheese