Dari Tinggal di Banglo Dpn Kelab Golf, Sy Bawa Anak ke Apartmen Kecil – Che Ta Ded4h Kisah Selepas Dicer4i

” Daripada wife, lepas tu jadi ibu tunggal..so takde banyak beza pun..macam saya orang yang sangat positif. Sesetangah orang bila dah berc3rai ohh gelap lah dunia, tapi saya tak..”

Itu pengakuan aktres Rozita Che Wan atau Che Ta yang mengakui mula melakukan perubahan hidup selepas anak sulungnya, Ammar Effendy tidak mahu hidup susah ketika dia baru menjadi ibu tungg4l lebih sepuluh tahun lalu.

Che Ta berkata dia tercabar dan bangkit menyara hidup anak-anaknya selepas ditinggalkan bekas suami di rumah yang kecil.

Dari rumah banglo depan kelab golf ke…

 

” Semasa saya berkahwin dengan bekas suami dahulu saya terus berhenti bekerja dan menjadi suri rumah sepenuhnya serta menguruskan anak di rumah.

” Namun selepas sepuluh tahun saya berkahwin, kami berpisah. Dari tinggal di rumah banglo depan kelab golf, saya bawa anak-anak ke appartment yang kecil.

” Ammar setiap malam menangis kerana dia tidak mahu tinggal di rumah yang kecil. Ketika itu saya rasa sangat tercabar.

” Dia cakap mummy taknak duduk rumah ni, rumah ni kecik tak suka rumah ni..

” Masa tu saya dah rasa tercabar. Saya kena buat sesuatu untuk dorang supaya tak rasa ada perbezaan dan supaya dorang rasa, itulah mak itulah bapak..

” Saya perlu buat sesuatu supaya anak-anak tidak rasa perubahan hidup,”

” Umur 20 kahwin, 30 c3rai..umur 40 kahwin semula.” kata Che Ta sambil tersenyum.

 

Kisah perkenalan dengan Zain, ‘terpikat’ dengan body Zain

Slot program itu turut mengimbas detik awal perkenalan Che Ta dengan Zain Saidin ketika penggambaran drama Che Kiah Pekasam.

 

” Sebelum tu saya diberitahu adik Shasha Saidin berlakon sekali.

” Kemudian masa scene tu dia banyak pakai singlet..so saya pun..ooo eloknya badan dia (tergelak).” kata Che ta turut diiringi tawa Zain Saidin.

 

Che Ta yang juga isteri pelakon Zain Saidin berkata demikian menerusi temu bual di dalam program realiti, The House musim ketiga (The House 3) episod 1.

The House 3 merupakan program realiti yang bersiaran di Astro Gempak pada tahun 2017.

Selain kisah Che Ta, The House turut memaparkan ragam dan kisah ahli keluarga Che Ta yang lain seperti Zain Saidin sebagai seorang suami yang romantik yang berusaha keras dalam bidang perniagaan yang diceburi.

Turut dipapartkan kisah tiga cahaya mata beliau termasuk Ammar Effendy dan Aniq Ezzra sebagai anak bujang Che Ta daripada perkahwinannya terdahulu serta Aaisyah Dhia Rana yang comel dan bijak bergaya.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini Astro Gempak akan menayangkan kembali drama siri realiti The House dari semua musim untuk mengisi masa lapang anda di rumah.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : A.U