Pelakon Suara Bapa Shin Chan Men1nggal Dunia, Netizen Luah Rasa S3dih

Pelakon suara bagi watak-watak animasi jarang mendapat pengiktirafan dan populariti seperti mana pelakon drama dan filem diangkat dengan pujian dan sokongan.

Namun di Jepun, pelakon-pelakon suara menjadi tulang belakang industri hiburan negara itu yang dikuasai oleh siri dan filem animasi serta permainan video.

Oleh itu berita-berita sed1h mengenai pelakon-pelakon ini semestinya akan menjadi satu topik yang trending di media-media sosial.

Itulah yang dapat dilihat di Twitter semalam apabila pelakon suara terkenal, Keiji Fujiwara telah dilaporkan men1ngg4l dunia pada usia 55 tahun akibat kanser.

Pemergian Fujiwara men1ngg4lkan kes4n yang mendalam terhadap peminat-peminat anime dan permainan video memandangkan pelakon itu membawa watak-watak ikonik dalam banyak siri-siri popular.

Antaranya termasuklah watak bapa Shinchan, Hiroshi Nohara dari siri animasi kanak-kanak, Crayon Shinchan yang cukup terkenal di seluruh dunia.

Selain itu, Fujiwara juga memainkan suara bagi watak Reno dari permainan video popular, Final Fantasy VII Remake yang baru beberapa hari dikeluarkan. Ia merupakan watak terakhir yang dimainkannya sebelum men1ngg4l dunia.

Fujiwara juga melakonkan watak Maes Hughes dalam Fullmetal Alchemist Brotherhood, Leorio dalam Hunter x Hunter, dan Hattori Zenzo dalam Gintama. Dia turut menyuarakan watak Tony Stark dalam Avengers dan Iron Man untuk versi alih bahasa Jepun.

Pelakon tersebut dilaporkan men1ngg4l pada 12 April, namun berita tentang pemergiannya baru diumumkan di media sosial semalam, membuat rata-rata netizen terkejut dan bersed1h sehingga namanya trending.

Ramai yang memberikan penghormatan terakhir kepada Fujiwara, di samping memikirkan kesukaran untuk menerima pelakon pengganti yang akan memainkan peranannya bagi siri-siri yang masih bersiaran.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Twitter via HCL