Pelakon filem ‘RAMBO’ Brian Dennehy Men1ngg4l Dunia

PELAKON yang memegang watak Syerif William Teasle dalam filem sulung Rambo “First Blood” men1ngg4l dunia pada usia 81 tahun.

Brian Dennehy, pelakon versatil yang berkecimpung dalam filem dan pentas sepanjang kariernya selama 50 tahun men1ngg4l dunia pada Rabu.

First Blood merupakan filem pertama yang membuka jalan untuk mendi4ng menempa nama dalam industri filem.

Pelakon utama filem itu, Sylvester Stallone dalam postingnya di Instagram (@officialslystallone) mengucapkan takz1ah atas pemergian Dennehy.

“Brian Dennehy telah pergi men1ngg4lkan kita. Mendi4ng seorang pelakon hebat … dia juga seorang veteran per4ng Vietnam yang banyak membantu saya membina karakter sebagai RAMBO.

“Dunia telah kehilangan seorang artis yang hebat. #First Blood.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The great actor Brian Dennehy has passed away. He simply was A brilliant performer … He also was a Vietnam vet that helped me very much building the character of RAMBO The world has lost a great artist. #First Blood

A post shared by Sly Stallone (@officialslystallone) on

Sepanjang kariernya, Dennehy pernah memenangi dua Anugerah Tony termasuk pelakon terbaik dalam Death of a Salesman, Anugerah Laurence Olivier, Golden Globe, Anugerah SAG selain enam pencalonan dalam Anugerah Primetime Emmy.

Selain filem 4ksi First Blood di samping Sylvester Stallone, mendiang pernah berlakon dalam beberapa genre filem lain termasuk komedi dan sastera Shakespeare antaranya Romeo + Juliet.

Dennehy juga pernah berlakon di samping Robert De Niro dan Al Pacino dalam Righteous Kill pada 2008, dan Russell Crowe dalam The Next Three Days pada 2018.

Dennehy men1ngg4l dunia di New Haven, Connecticut ditemani isteri Jennifer Arnott dan anak-anaknya Cormac, Elizabeth, Kathleen, Deirdre serta keluarga mereka.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Astro Awani