Pelakon Faezah Elai meluahkan rasa hairan apabila berat badannya kini semakin menurun biarpun tidak melakukan sebarang diet pemakanan.
Lebih mengejutkan kata Faezah, dia sebenarnya menjangkakan kenaikan berat badan memandangkan selera makannya agak tinggi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Depa tanya bagaimana dengan PKP? Pasti naik berat badan punya! Mengunyah tak henti-henti.
“Tadi timbang setelah dua minggu tak timbang lemak dalam badan..Apa ni?! Turun berat badan?? tinggi saya 166 sentimeter.
“Ni mesti sebab stres tak boleh balik raya…kalau depa tambah lagi sebulan, maka akak bakal reput,” kongsinya secara berseloroh menerusi satu entri di Instagram.
Dalam posting tersebut Faezah berkongsi video dirinya menjalani proses timbang berat badan.
Alat penimbang tersebut menunjukkan berat badannya kini sudah mencecah 45 kilogram (kg).
“Sekarang ni yang sakit hati tu akak nak beritahulah, selalunya berat 48kg, tapi baru-baru ni berat turun nak buat macam mana??? Adoii!,” katanya.
Perkongsiannya itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikut.
“Berat sama dengan anak saya, tapi anak saya darjah 4.
“Boleh makan lagi banyaklah kalau macam tu,” tulis sebahagian netizen di ruangan komen.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak