Izara Aishah Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Walaupun belum sempat memuat naik sebarang kemaskini di media sosial, Izara Aishah dikhabarkan sudah selamat melahirkan seorang bayi perempuan hari ini.

Berita gembira itu disampaikan oleh ibu mertuanya Datin Seri Tengku Zawyah yang meluahkan rasa syukur menerusi Instagram.

 

“Alhamdulilah tahniah Adib dan Izara dengan kehadiran kegembiraan baru. Cute little princess. Semoga Allah memberkati awak dan puteri awak. Saya tahu awak akan menjadi ibu yang terbaik dan penyayang”

“Cucu perempuan kita lahir hari ini dengan berat 2.9 kilogram,” tulisnya dengan memetik akaun Instagram Siti Nurhaliza.

Tahniah buat Izara Aishah dan Adib Khalid atas kelahiran cahaya mata pertama mereka, pasti ramai peminat tidak sabar untuk menatap wajah puteri sulung mereka ini. 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Rotikaya