“Bro Aku Ada Mesin Rumput Lebih Kat Rumah” – Kongsi Gambar ‘Serabai’, Aeril Zafrel Kena Bahan!

Sekeping gambar Aeril Zafrel yang dikongsi di Instagram miliknya menjadi gurauan ramai. Gambar dengan wajah ‘serabai’ tanpa rambut, misai dan jambang dip0tong mendapat pelbagai reaksi daripada peminat.

Aeril yang bukan sahaja terkenal sebagai pelakon tetapi turut mendapat jolokan ‘Raja Tiktok’ di sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini sememangnya selalu menghiburkan peminat.

Hanya dengan sekeping gambar dan satu kepsyen pendek, gambar tersebut mendapat lebih 100,000 Likes.

“Serabai sangat ke?” tanya Aeril pada peminat-peminatnya.

Soalan tersebut mendapat jawapan yang kelakar bukan sahaja daripada peminat, tetapi teman artis seperti Hun Haqeem dan Faizal Tahir.

Anda boleh melihat aksi-aksi kelakar TikTok Aeril Zafrel di Instagramnya. Ada ketika, Aeril turut bersama dengan isteri, Wawa Zainal dan anak-anak berkongsi keceriaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Serabai sangat ke ?? 😅😅

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak