“Ambil Tindakan Tegas, Batal Permit Kerja & Blacklist!” – Pesta Songkran Warga Myanmar Di Sepang Undang Kemar4han Warganet

Semalam tular aksi sekumpulan pekerja asing yang berpesta ‘Songkran’ di kawasan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang di media sosial.

Video berdurasi lebih 30 minit itu menunjukkan kumpulan pekerja asing yang juga pekerja kilang sarung tangan, menari sambil menyanyi dipercayai meraikan festival air atau lebih dikenali sebagai Songkran.

Ketua p0lis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof telah mengesahkan menerima maklumat mengenai ‘pesta’ berkenaan.

Maklumat terbaru, Wan Kamarul Azran berkata, p0lis telah menahan 62 lelaki Myanmar selepas disy4ki terlibat dengan penganjuran pesta air di pekarangan sebuah asrama pekerja kilang di Sepang pada Isnin.

Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata mereka ditahan dalam serbuan pada kira-kira 2 petang hasil siasatan dan kerjasama pengurusan kilang.

Beliau berkata dua daripada suspek yang ditahan mengaku merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbit dan menyebarkannya di Facebook.

“Kita masih menunggu penjelasan daripada pihak kilang tempat mereka bekerja,” katanya.

Sementara itu, di ruangan komen laman sosial Facebook p0lis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police), rata-rata warganet mahu tindakan tegas diambil terhadap warga asing terlibat.

Mereka menganggap perbuatan tersebut sebagai melampau kerana dengan sengaja melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.

Warganet turut mengucapkan terima kasih dan syabas kepada PDRM kerana cepat bertindak dan cekap menjalankan tugas.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak