Sempadan tutup: Lelaki berenang pulang ke Thailand

BANGKOK: Seorang nelayan rakyat Thailand yang terkandas di Malaysia selama beberapa hari, selepas penutupan pusat pemeriksaan di kawasan sempadan, nekad berenang untuk pulang ke tanah airnya.

Bagaimanapun, lelaki berusia 45 tahun dari Piman yang terletak dalam daerah Muang di Satun, selatan Thailand ditemui dalam keadaan kepen4tan dan hanyut di laut, berhampiran pantai Puyu subdaerah di Satun semalam.

Dia kemudian diselamatkan p0lis Marin.

Lelaki itu terk4ndas di sempadan Thailand-Malaysia di Perlis selama beberapa hari susulan penutupan pusat pemeriksaan di kawasan sempadan sejak 23 Mac.

Merindui ahli keluarga dan tidak pasti bila pusat pemeriksaan itu akan dibuka semula, lelaki itu nekad untuk berjalan ke kawasan sempadan paling hampir sebelum menyeberanginya.

Inspektor p0lis Marin Satun, Leftenan Kolonel Banjerd Manavej, berkata lelaki berjalan selama dua hari sebelum tiba di sebatang terusan seluas kira-kira 100 meter dan dia mengambil keputusan untuk berenang menyeberanginya.

Bagaimanapun, arus deras telah menghanyutkan lelaki itu ke laut, katanya.

“Nelayan di kampung itu ternampak dia berenang dan memaklumkan perkara itu kepada p0lis pada kira-kira 2.30 petang (waktu tempatan) semalam.

“Dia dalam keadaan kepen4tan ketika kami menjumpainya. Bagaimanapun, dia kelihatan amat gembira melihat kami.

“Dia telah dibawa ke h0sp1tal untuk pemeriksaan perubatan. Dia dalam keadaan sihat dan akan menjalani kuarantin selama 14 hari di kemudahan kuarantin negara di Satun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Banjerd berkata, lelaki itu memberitahu p0lis bahawa dia hanya membawa sebotol air dan sebekas bekal makanan semasa perjalanan pulangnya.

Lelaki itu telah did4kwa memasuki negara tersebut secara haram dan didenda 800 baht.

Sementara itu, Banjerd berkata, p0lis Marin meningkatkan rondaan di perairan Thailand-Malaysia bagi menghalang rakyat negara tersebut yang terkandas di Malaysia mencvri masuk susulan penutupan pusat pemeriksaan di kawasan sempadan antara kedua-dua negara.

Bermula 23 Mac, kerajaan Thailand telah menutup sembilan pusat pemeriksaan ke Malaysia di kawasan sempadan sehingga notis selanjutnya dalam usaha mengekang penul4ran w4b4k c0v1d-19.

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri Thailand telah mengumumkan bahawa rakyatnya yang masih terkandas di sempadan Malaysia akan dibenarkan pulang jika mereka memenuhi syarat yang ditetapkan bermula 18 April. – BERNAMA

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online