“Sentiasa Menghadap Kiblat Kalau Kami Bertengk4r…Sentiasa Di Sisi Waktu Saya S4kit” – Aaron Aziz Dedikasi Ucapan Sempena Birthday Isteri

Pelakon Datuk Aaron Aziz melayangkan ucapan dedikasi khas sempena sambutan ulang tahun kelahiran isterinya, Datin Diyana Halik yang ke-38 hari ini.

Menurut Aaron, isterinya merupakan salah satu nikmat yang cukup besar dan berharga yang diterimanya dalam hidup.

“Syukur dijodohkan dengan seorang isteri yang menerima keburvkkan dan kekurangan saya. Sentiasa di sisi waktu saya sakit.

“Sentiasa meningkatkan ilmu dalam agama untuk mengajar anak-anak tentang sunnah dan hadith. Sentiasa menghadap ke kiblat kalau kami bertengkar. Happy Birthday Dar. Kamu adalah nikmat daripada Allah,” tulisnya menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ya ALLAH. Gambar ini diambil 2 Hari sebelum kerajaan Saudi membatalkan semua flight ke Tanah Suci. Bukan nak kata riak tapi ingin nak luahkan syukur kpd ALLAH dapat ke Tanah Suci. Ramai yg Belum dapat rasa nikmat tu. Saya doakan semua dapat InnShaAllah satu Hari nanti. Jadi sempena Hari jadi Isteri saya @diyanahalik yg ke 38 saya ingin mengucap syukur ALHAMDULILLAH atas segala nikmat yg diberi ALLAH. Syukur dijodohkan dgn seorang Isteri yg menerima keburukkan saya, kekurangan saya. Sentiasa disisi saya waktu saya sakit. Sentiasa meningkatkan ilmu dlm agama utk mengajar anak anak tentang Sunnah dan Hadith. Sentiasa mengadap ke kiblat Kalau kami bertengkar. Covid ini mengajar kami satu saje, ALLAH menarik nikmat kesihatan manusia dan nikmat kebebasan. Terlalu ramai yg bebas berdosa termasuk diri saya Dan Isteri. Thank you ALLAH for giving a roof over our heads. Food on the table. Kesihatan yg Baik. Dapat lihat anak anak Dan Isteri senyum. And a loving wife who would do anything for her family n me. Saya doakan agar semua pasangan di luar sana bahagia dgn penuh kasih sayang. Happy Birthday Dar. You are my nikmat from ALLAH AZZA WAJALLA. I pray that ALLAH will be happy with what we are doing in this life . Ameen Ya Rabbal’alamin. #Abgsayang #Abgsayangwifelagisayang #Abgdoakansemuasihat #Abgbersyukur #AbgrasasangatuntungALLAHsayang

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on

Dalam posting tersebut, Aaron turut berkongsi gambar kenangan dirinya bersama isteri tercinta ketika di Tanah Suci Makkah.

“Ya Allah, gambar ini diambil dua hari sebelum kerajaan Saudi membatalkan semua penerbangan ke Tanah Suci. Bukan nak kata riak tapi ingin meluahkan syukur kepada Allah dapat ke Tanah Suci.

“Ramai yang belum dapat rasa nikmat tu. Saya doakan semua dapat Insya-Allah satu hari nanti. Jadi, sempena hari jadi isteri saya yang ke-38, saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang diberi Allah,” coretnya.

Di ruangan komen, Diyana turut meluahkan rasa bertuah kerana dikurniakan seorang lelaki yang menjadi pelengkap dalam hidupnya.

“Saya bersyukur kepada Allah kerana memberikan saya, kamu sebagai satu nikmat. Semoga Allah merahm4ti kamu. Love you sampai syurga, Insya-Allah,” tulisnya.

 

Aaron mendirikan rumah tangga dengan Diyana pada 3 Ogos 2003.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Danish Anaqi, 15,  Dwi Ariana, 13 dan Dalia Arissa, 9.

Apapun, jangan lupa saksikan drama lakonan Aaron Aziz di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak