PKP fasa ketiga boleh tamatkan Covid-19, kata Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA – Fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disifatkan tempoh penting yang berupaya menamatkan penularan w4b4k cov1d-19 di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan keyakinan itu bersandarkan kepada perkembangan statistik semasa penularan w4b4k terbabit.

Sehubungan itu, katanya, kesinambungan kawalan yang menyaksikan kejayaan hingga kes cov1d-19 berupaya dikurangkan menerusi PKP fasa pertama dan kedua harus diteruskan pada fasa ketiga.

“JP Morgan sebelum ini jangkakan kita bakal berdepan peningkatan kes mendadak sebanyak 6,300 kes esok, tetapi setakat jam 12 tengah hari tadi, Malaysia hanya mencatat 4,817 kes.

“Esok saya jangkakan jumlah keseluruhan positif cov1d-19 adalah kurang daripada 5,000 kes dan ia hasil keberkesanan daripada PKP fasa pertama dan kedua.

“Setakat minggu ke-13, Malaysia masih dalam fasa pemulihan daripada penularan w4b4k cov1d-19, tetapi kita akan terus pantau sebab kes belum berkurangan lagi,” katanya pada sidang media harian cov1d-19, di sini, hari ini.

Justeru, kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam usaha untuk meratakan lagi lengkung kes, bukan hanya oleh Kementerian Kesihatan.

“Jika kita boleh lakukannya, ada kemungkinan kita akan terus mengurangkan kes, bukan hanya meratakan lengkung tapi mungkin menamatkan cov1d-19 di negara ini,” katanya.

Hingga hari ini, hampir separuh daripada 4,817 kes positif cov1d-19 yang dilaporkan di negara ini sudah pulih sepenuhnya.

Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 2,276 kes atau 47.23 peratus dibenarkan discaj daripada h0sp1tal, dengan terbaru 168 kes hari ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : cempedakcheese