Bekas ratu cantik doktor barisan hadapan

KUALA LUMPUR: Dr Nisha Thayananthan yang pernah merangkul gelaran Miss World Malaysia 2019, turut membantu golongan memerlvk4n yang terkesan akibat pandemik c0v1d-19.

Doktor perubatan dari h0sp1tal Putrajaya itu memandu ke beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Seremban, negeri kelahirannya, untuk mengagihkan sumbangan seperti beras, minyak masak dan susu.

“Saya dididik dengan prinsip memberi adalah lebih baik daripada menerima, terutama kepada golongan kurang bernasib baik. Ibu bapa saya menjadi inspirasi. Saya sudah lama sertai misi kemanusiaan, sepanjang perjalanan ini, saya telah bertemu ramai orang susah, terutama semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Beliau yang juga petugas barisan hadapan di h0sp1tal Putrajaya, berkata ramai orang yang memerlvk4n bantuan menghubunginya sejak pandemik c0v1d-19 global bermula.

“Selalunya saya guna duit sendiri untuk membantu mereka dan meluangkan masa dengan kerja amal,” kata Dr Nisha yang ibunya menguruskan rumah penjagaan orang tua serta pusat perlindungan haiwan terbiar di Petaling Jaya, Selangor.

“Semasa krisis ini, banyak pengorbanan dibuat oleh rakan-rakan saya demi menyelamatkan nyawa, bekerja siang dan malam selain terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang.

“Sebagai doktor, saya mahu semua orang berhati-hati dan duduk di rumah kerana kami sedang bertungkus lumus membasmi c0v1d-19,” katanya.

Mereka yang mahu menyumbang boleh menghubunginya melalui e-mel [email protected]. – BERNAMA

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online