COV1D-19: Rakyat dikuarantin puji pengurusan Malaysia

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang menjalani kuarantin memuji pengurusan kerajaan dalam mengendalikan mereka yang baru pulang ke tanah air dan menyifatkan ia adalah contoh baik yang perlu diikuti negara lain.

Seorang daripada mereka, Shacind Ananthan, berkata seluruh ekosistem pengurusan itu berjalan seperti sebuah mesin yang baik dan kenyataan bahawa Malaysia sebagai satu daripada negara proaktif menangani c0v1d-19 bukan sesuatu yang sengaja diperbesar-besarkan.

Menceritakan pengalamannya, beliau yang pulang dari United Kingdom, berkata ketika dalam penerbangan pulang, kira-kira 50 orang duduk secara berasingan dalam pesawat dan mereka kemudian diberikan borang pengisytiharan kesihatan untuk diisi.

Katanya, sebaik mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), dua petugas beruniform menyambut mereka, dan kemudian dibawa menaiki tren, sebelum menaiki bas dan tiba di balai ketibaan.

“Setiap bas hanya dihadkan kepada maksimum 10 orang saja. Seorang anggota p0lis memastikan kami naik seorang demi seorang dan seseorang hanya dibenarkan naik selepas orang sebelumnya sudah duduk.

“Anda akan dapati di setiap ‘checkpoint’, terdapat sekurang-kurangnya satu atau dua anggota yang tekun menjalankan tugas, menjadikan semua proses berjalan lancar. Ia seperti prosedur ini sudah dilakukan bertahun-tahun,” katanya dalam laman Facebook, Malaysian Quanrantine Center Support Group.

Beliau juga kagum dengan jumlah petugas kesihatan dan kemudahan yang disediakan kepada rakyat yang tiba, selain keramahan petugas ketika bertanyakan keadaannya, yang disifatkan beliau menenangkan ketika berada dalam situasi cemas.

Katanya, perjalanannya ke pusat kuarantin di Hotel Impiana KLCC juga berjalan lancar dengan kawalan petugas dan sebaik tiba, mereka diambil suhu badan dan mengisi borang.

“Kami diberikan makanan yang berkhasiat tiga kali sehari dan ditempatkan di hotel empat bintang secara percuma. Terdapat kawalan keselamatan 24 jam dan pasukan perubatan sentiasa ada di hadapan bilik kami sepanjang masa.

“Saya tunduk kepada negara yang hebat ini dengan rendah hati, terima kasih untuk semua ini, Malaysia,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi rakyat Malaysia dengan nama Caroline Wong LQ, turut menyifatkan pengendalian rakyat yang tiba di lapangan terbang begitu teratur.

“Kementerian Kesihatan, lapangan terbang dan p0lis melakukan kerja yang amat baik. Lokasi kuarantin dirahsiakan namun saya percaya, ia mungkin bagi mengelakkan konflik yang tidak perlu,” katanya.

Suzanne Lee pula berkata, pusat kuarantin yang disediakan kerajaan masih di dalam bangunan, tidak seperti di sesetengah negara lain.

“Mungkin mereka tidak cukup hotel mewah untuk kuarantin tapi saya sangat gembira kerana kerajaan kita masih menggunakan bilik di dalam bangunan untuk kuarantin,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online