“Mama Kenapa Dulu Tak Pakai Tudung?”- Anak Persoal Imej Lama, Ini Jawapan Noorkhiriah

Pelakon Noorkhiriah mendedahkan dia menerima banyak soalan luar jangkaan daripada anaknya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Menurut Noorkhiriah, kebanyakan soalan tersebut mempersoalkan imej serta pemakaiannya yang tidak sopan sebelum berhijab.

“Bila PKP ni, macam-macam soalan ulangan dari anak: ‘Mama kenapa dulu Mama tak pakai tudung?; ‘Mama kenapa pakai macam tu?; ‘Kenapa Mama pegang-pegang; ‘Mama dulu Mama belum taubat, sekarang Mama dah taubat ye?,”tulisnya.

Noorkhiriah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Dalam entri kapsyen tersebut, Noorkhiriah menjawab.

“Dulu Mama rock kapak nak,” katanya.

Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terhibur dengan jawapan terbabit.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dulu mama rock kapak nak😂

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) sehingga 28 April 2020, di seluruh negara.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah c0v1d-19!

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak