Lapangan terbang Wuhan ses4k, rakyat sudah tidak sabar untuk melancong

Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe, Wuhan dilaporkan sesak selepas bandar raya itu menarik balik perintah berkurung yang dikuatkuasakan selama 76 hari.

Ini berikutan warganya sudah tidak sabar untuk melancong ke luar negara sebaik sahaja negara itu mengisytiharkan mereka berjaya mengawal sepenuhnya j4ngk1tan w4b4k c0v1d-19.

Malah, menurut laman The Bangkok Post, syarikat pelancongan di China mula menghubungi rakan niaga di Thailand untuk bertanya mengenai produk pelancongan yang ditawarkan di negara Gajah Putih itu.

Difahamkan, jumlah pengguna pengangkutan awam di Wuhan juga melebihi 620,000, sehari selepas bandar raya itu menarik balik perintah berkvrung.

Situasi yang berlaku ini bukan sahaja meningkatkan peluang kes c0v1d-19 kembali menular, malah turut menimbulkan kerisauan buat orang ramai yang berharap tiada lagi gelombang baharu dari negara China.

Melihat kepada bagaimana penduduk Wuhan ‘meraikan’ bandar mereka ‘bebas’ daripada c0v1d-19, mungkin ins1den ini dapat dijadikan pengajaran buat rakyat Malaysia sebaik sahaja arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan kelak.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : kulihatlangitbiru