“30 kakitangan dij4ngkiti, KKM gagal lindungi frontliner “- Doktor Swasta Gesa Noor Hisham Turun Padang.

PETALING JAYA: Seorang doktor h0sp1tal swasta mendakwa pihak berkuasa kesihatan gagal melindungi barisan depan perubatan yang memerangi c0v1d-19, selepas kira-kira 30 kakitangan perubatan dilaporkan dij4ngk1ti v1rus itu ketika bertugas.

Dr Musa Nordin dari h0sp1tal Pakar KPJ Damansara turut menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dan pegawainya turun padang melawat h0sp1tal terjejas.

Beliau mendakwa kakitangan perubatan tidak dilengkapi alat perlindungan sewajarnya, termasuk peralatan perlindungan diri (PPE).

“KP dan pegawai tertingginya di menara gading Putrajaya perlu turun ke h0sp1tal c0v1d/Pusat Kesihatan Daerah/Klinik Kesihatan dan melihat serta merasai kesakitan dan kesengsaraan doktor/jururawat/profesional kesihatan bersekutu yang tiada PPE asas untuk menjaga pes4kit kritikal di ICU serta meningkatkan saringan dengan 17,000 ujian sehari,” kata Musa dalam satu daripada beberapa mesej yang dikongsinya.

Semalam, Hisham dalam taklimat harian c0v1d-19 berkata, 150 kakitangan perubatan antara hampir 4,000 orang yang dij4ngk1ti v1rus itu di seluruh negara.

Katanya, 30 daripadanya dij4ngk1ti v1rus itu ketika bertugas, termasuk ketika merawat pes4kit ICU.

Dr Musa Nordin dari h0sp1tal Pakar KPJ Damansara. Foto: Malay Mail

 

Musa mendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) tidak berusaha secukupnya untuk melindungi kakitangannya disebabkan birokrasi yang menghalang pengedaran sut keselamatan PPE.

“Adakah anda tunggu seorang doktor atau jururawat atau profesional kesihatan bersekutu kita men1ngg4l dunia akibat c0v1d-19 sebelum anda mula bertindak?

“Keadaan ini tidak memberi gambaran baik terhadap KKM,” katanya sambil menambah pasukan beliau sendiri menjalankan “penilaian keperluan secara teliti” di 34 h0sp1tal kerajaan yang merawat pes4kit c0v1d-19.

Beliau seterusnya berkata KKM “gagal melindungi barisan depan mereka”.

“Biar saya katakan dengan jelas. Ikrar perubatan kami yang pertama ialah ‘Primum Non Nocere’, iaitu jangan datangkan kemudaratan,” kata Musa.

Beliau kemudian berkata pasukannya sendiri sudah mengagihkan 6,000 PPE ke ICU dan sedang menunggu ketibaan 20,000 set lagi melalui sumbangan korporat yang diterajui sebuah syarikat media.

“Bilakah kerajaan akan mengedarkan PPE yang mereka beli dari China?” soalnya.

FMT sedang menghubungi Hisham untuk mendapatkan responsnya.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata j4ngk1tan c0v1d-19 melibatkan petugas barisan hadapan berlaku di h0sp1tal swasta.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya sudah membuat perjumpaan dengan pihak h0sp1tal swasta sebanyak 2 kali iaitu pada 1 dan 12 Mac bagi membincangkan mengenai perkara itu.

“Supaya pengurusan pihak h0sp1tal swasta boleh tingkatkan keselamatan d h0sp1tal masing-masing,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kritikan seorang doktor h0sp1tal swasta yang mendakwa kementerian itu gagal menjaga keselamatan petugas barisan hadapan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: FMT