COV1D-19: Puteri Aishah disahkan positif

KUALA LUMPUR: Pelakon, Puteri Aishah disahkan positif c0v1d-19 selepas menjalani ujian saringan di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras, di sini, petang semalam.

Berita itu dimaklumkan pengurus pelakon itu, Iman Tang melalui entri di Instagram, sebentar tadi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum Warahmathullahi Wabarakathuhu..Salam Mahgrib..🤲🏻 “She just tested POSITIVE for COVID19 an hour ago..😭🦠 . Please pray for her, Please DOA kan dia supaya cepat sembuh..”🤲🏻💔 . STAY STRONG PUTERI 🙏🏻 #puteraishah #positivecovid19 #staystrong #mayallahblessyou @puteriaishahofficial

A post shared by Iman Tang (@imantang75) on

Ketika dihubungi BH Online, Iman berkata, artis jagaannya itu masih berada di rumah sementara menanti tindakan selanjutnya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Semalam, Puteri Aishah menjalani ujian saringan c0v1d-19. Petang tadi, dia menelefon saya memaklumkan keputusannya positif. Walaupun dalam perbualan, suaranya kedengaran agak tenang, tetapi saya tahu dia cuba menahan perasaan sed1h.

“Selepas mengambil dokumen hasil ujian, Puteri Aishah sekarang berada di rumah untuk berkemas sementara menunggu panggilan KKM untuk membawanya ke h0sp1tal,” katanya.

Puteri Aishah atau nama penuh, Puteri Aishah Sulaiman adalah antara 18 tenaga kerja produksi drama yang menjalani penggambaran di Inverness, Scotland, bulan lalu, yang melakukan ujian saringan c0v1d-19 di sebuah h0sp1tal swasta di sini, semalam.

Iman berkata, buat masa ini, belum dapat dipastikan h0sp1tal yang bakal dituju Puteri Aishah untuk rawatan susulan.

“Saya mohon peminat mendoakan pelakon filem Pulang itu segera sembuh.

“Sebelum memuat naik perkongsian ini, saya sudah meminta keizinan beliau. Entri itu bukan untuk mengaibkan Puteri Aishah.

“Sebaliknya, jika peminat tahu, secara tidak langsung, mereka akan mendoakan kesihatannya pulih seperti sedia kala,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online