Kelab Bola Sepak Artis Minta Bayaran Sebelum Buka Game? – “Kita Nak Bagi Token Kepada Selebriti…”

Tular di media sosial baru-baru ini paparan skrin perbualan antara sebuah kelab bola sepak selebriti yang diundang untuk bermain di padang pasukan bola sepak lain.

Menerusi perbualan tersebut, kelab bola sepak artis yang dikenali Toq FC meminta bayaran RM1,500 sebagai syarat untuk menjemput mereka bermain.

“U all bayar pada Toq FC RM1,500. Tu semua Toq FC cover, sebab kita nak bagi token pada selebriti yang hadir,” tulis pengendali akaun itu.

Malah tular juga beberapa status pengguna Twitter lain yang menyelar tindakan kelab bola sepak itu.

“Friendly bola dengan artis pun rakyat marhaen kena bayar full padang,” tulis pengguna itu.

Turut tular syarat yang dikenakan kelab bola sepak berkenan yang meminta penganjur menyediakan pengangkutan, hotel, makan dan duit tabung kelab sekiranya perlawanan itu berlangsung di luar Lembah Klang.

Bagi perlawanan dalam Lembah Klang, pihak lawan perlu menyediakan padang, pengadil dan air.

Menjawab situasi yang tular itu, jelas pengendali akaun Instagram Toq FC, pihaknya tidak pernah meminta penajaan dari pihak luar setiap kali perlawanan.

“Sejak Toq FC ditubuhkan kami tak pernah minta sponsor dari pihak luar. Kami ada sponsor sendiri dari kalangan artis dan rakan-kanak yang bermain dengan Toq FC.

“Toq FC ditubuhkan kami banyak membantu insan yang memerlvk4n. Adakan charity game untuk membantu insan yang kurang bernasib baik.

“Ada gambar dan video yang kita masukkan, nanti kalau update banyak-banyak jadi isu pula yang team Toq FC ni riyak.

“Jadi yang mereka-reka cerita dan edit ayat-ayat dari Toq FC tu minta bertaubatlah. Kami dari Toq FC hanya mampu senyum,” tambah akaun itu lagi.

Toq FC difahamkan terdiri daripada artis seperti Tauke Jambu, Datuk Fizz Fairuz, Zain Saidin, Mamak Puteh, Ajak Shiro, Azrol Cham dan ramai lagi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak