‘Lauk dah habis’

“HANYA tinggal dua ekor ikan selayang untuk makan kami malam ini, esok lusa tak tahu mana lagi nak cari,” luah Emilia Abdullah dari Kampung Tok Ku, Sering, Kota Bharu.

Emilia, 47, yang bekerja sebagai pencari besi burvk dan barang terpakai adalah antara individu yang sangat terjejas sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana terputus mata pencariannya.

Dia yang menetap di rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kota Bharu, bersama suami, Nik Yusri Nik Abu Bakar, 48, dan dua anak, Nik Mohd Haikal, 12 serta Nik Mohd Firdaus, 20, yang terlantar akibat saraf lemah sejak tiga tahun lalu.

Emilia berkata, sebelum PKP, hidup mereka sudah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kerana secara purata dia hanya memperoleh pendapatan sekitar RM15 sehari.

“Saya akan menunggang motosikal roda tiga di sekitar Sering, untuk mencari besi burvk dan barang terpakai di tong sampah sebelum dibawa pulang untuk dipilih dan dijual ke kedai besi burvk.

“Suami yang s4kit dar4h tinggi dan kencing manis menjaga anak, Nik Mohd Firdaus yang terlantar di rumah.

“Apabila rakyat dilarang keluar (PKP), saya pun tidak berani untuk keluar mencari besi burvk kerana takut ditangkap,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Terdahulu keluarga itu menerima kunjungan daripada sukarelawan terdiri daripada anak muda Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu yang menghulurkan bantuan makanan asas kepada mereka.

Emilia berkata, sepanjang PKP berlangsung, mereka hanya mengharapkan ihsan jiran tetangga dan saudara mara yang menghulurkan bantuan makanan untuk kelangsungan hidup mereka empat beranak.

Katanya, setiap hari mereka akan makan nasi sekali atau dua kali sehari bergantung kepada lauk dan beras yang masih ada.

“Biasanya sarapan kami hanya makan biskut atau lempeng sahaja sekadar mengalas perut namun bagi anak yang s4kit terlantar, keperluan makanannya tidak boleh terlalu dicatu kerana fizikalnya kini pun sudah sangat kurus.

“Selain untuk makan seharian, kami juga buntu bagaimana untuk mencari wang bagi pembelian ubat dan lampin pakai buang untuk Nik Mohd Firdaus,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Metro