Tempoh PKP erat hubungan suami isteri

KUALA LUMPUR: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi ruang kepada pelakon, Nelydia Senrose menikm4ti kehidupan berdua, selepas penggambaran ditunda.

Selama ini, kesibukan menjadi penghalang buat Nelydia dan suaminya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid untuk sering menghabiskan waktu berdua, lebih lagi pelakon Lelakimu Yang Dulu itu sentiasa sibuk di lokasi penggambaran.

Lebih manis, semalam, genap setahun Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen menyambut ulang tahun pertama perkahwinannya.

Secara peribadi, Nelydia berkata, dia tidak menyangka begitu pantas masa berlalu.

“Rasa seperti baru sahaja kami diijabkabulkan. Dalam tempoh setahun ini menjadi ruang kepada kami memperbaiki kelemahan diri sebagai suami isteri.

“Kami lebih mengenal tanggungjawab. Setiap momen bersama diabadikan dengan satu rasa yang tak terungkap.

“Saya dan suami sempat berbulan madu ke beberapa negara, ia menjadi kenangan terindah. Saya mengharapkan kebahagiaan kekal dan terus erat,” katanya kepada BH Online.

Nelydia berkata, biarpun belum ada rezeki menimang cahaya mata, ia tidak dijadikan sebagai satu tekanan.

“Saya berserah pada kurniaan Allah SWT. Saya dan suami tidak pernah tertekan, tetapi kami terus berusaha,” katanya.

Katanya, dia bimbang dengan penul4ran v1rus c0v1d-19 yang melanda negara.

“Harap musibah akan segera berlalu. Saya resah membaca berita dan laporan peningkatan statistik setiap hari.

“Saya pasti seluruh dunia mahukan v1rus ini dim4tikan dan kita kembali dengan kehidupan sedia kala,” katanya.

Nelydia berkata, dia sepatutnya sudah menjalani penggambaran drama bersiri bergandingan dengan Saharul Ridzwan.

“Namun, penggambaran ditangguhkan, jadi saya hanya duduk di rumah.

“Setiap apa yang berlaku tentu ada hikmahnya. Jadi, patuhi arahan kerajaan dalam menangani isu pandemik ini,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH