COV1D-19: Vaksin dijangka diperoleh dalam masa setahun

PUTRAJAYA: Vaksin untuk c0v1d-19 dijangka berada di pasaran dalam masa setahun dan kajian ke atasnya masih lagi di fasa awal, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih lagi meneliti beberapa sebatian dan melakukan penyelidikan untuk membangunkan vaksin peny4kit ini.

“Maka, ia mungkin mengambil masa kira-kira setahun atau setahun setengah sebelum kami memperoleh vaksin itu di pasaran.

Penyelidikan masih lagi berjalan dan diharap dengan melakukan penyelidikan, kami akan memperoleh vaksin secepat mungkin,” katanya dalam sidang media harian media mengenai c0v1d -19, di sini pada Sabtu.

Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima beberapa pes4kit c0v1d-19 yang telah sembuh dan dibenarkan keluar wad, untuk menjadi sukarelawan bagi penyelidikan berkenaan plasma darah.

“Ada dua, tiga pes4kit, yang telah sembuh, tampil ke depan untuk menyumbang kepada sains dan teknologi.

“Mereka mendermakan darah mereka untuk membantu KKM melaksanakan penyelidikan dan sains untuk melihat kepekatan antibodi (yang akan digunakan untuk merawat pes4kit c0v1d-19),” katanya.

Beliau berkata KKM terlebih dahulu akan menyaring darah penderma (bekas pes4kit) bagi memastikan ia bebas daripada j4ngk1tan kuman lain seperti Hepatitis C dan sebagainya.

KKM juga akan sekali lagi melakukan test c0v1d-19 ke atas darah penderma bagi memastikan mereka benar-benar bebas daripada v1rus itu.

“Selepas itu, KKM akan mengambil darah mereka dan mengasingkan darah merah dan plasma. Plasma ini kemudiannya akan dihantar ke IMR (Institut Penyelidikan Perubatan) untuk dibuat kajian ke atas kepekatan antibodi.

“Prosedur ini akan diulang selepas dua minggu. Kalau antibodi tinggi, besar kemungkinan (KKM) akan guna plasma daripada pes4kit (yang telah sembuh) untuk merawat pes4kit lain,” katanya.

— BERNAMA

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Awani