3,000 lagi peserta jemaah tabligh tiada di Malaysia – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA : Kira-kira 3,000 lagi peserta jemaah tabligh dipercayai tiada di Malaysia dan dipercayai berada di luar negara.

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah , sebahagian mereka dipercayai berada di Indonesia dan India.

Menurut beliau, mereka bagaimanapun disaran melakukan saringan kesihatan bagi mencegah penul4ran c0v1d-19.

“Masih ada kira-kira 3,000 orang daripada kumpulan itu. Kita percaya sebahagian mereka tiada dalam negara, sebahagian lagi mungkin di Indonesia dan mungkin juga di India.

“Kami percaya mereka berada di sana. Namun kami sedang menjejaki mereka dengan sebaik mungkin. Kami menyarankan mereka melakukan saringan kesihatan terutama mereka yang hadir himpunan tabligh di Sri Petaling,” katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.

Justeru katanya, KKM telah bekerjasama dengan p0lis bagi menjejak kesemua mereka.

“Jadi saya rasa mereka yang pakar dalam perkara ini. Kita juga bekerjasama dengan NGO yang terlibat untuk menjejaki mereka,” tambahnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Awani